Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB bakal lancar 13,000 flat pada separuhkedua 2023

Pelancaran akan diadakan hujung Sep hingga awal Okt di Choa Chu Kang, Kallang-Whampoa, Queenstown dan Tengah
Jul 28, 2023 | 02:50 PM



Sekitar 6,700 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan ditawarkan dalam pelancaran seterusnya di bandar seperti Choa Chu Kang, Kallang-Whampoa, Queenstown, dan Tengah.

Pelancaran itu akan diadakan pada hujung September hingga awal Oktober, dan bukannya hujung Ogos hingga awal September seperti biasa, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataannya pada Jumaat.

Ini kerana keputusan undian bagi pelancaran BTO pada Mei diumumkan lebih lewat pada minggu pertama Ogos dan bukan Julai. Mereka yang memohon bagi penjualan baki flat (SBF) pula hanya akan mendapat keputusan undian mereka pada minggu terakhir Ogos.

HDB berkata garis masa baru itu akan membolehkan pemohon flat yang berminat untuk mengetahui nombor giliran undi mereka sebelum membuat keputusan sama ada untuk memohon flat dalam pelancaran jualan seterusnya.

Ini juga akan memberi HDB lebih masa untuk memuktamadkan perubahan sistem yang diperlukan, bagi kategori keutamaan baru buat pembeli kali pertama. Ini terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak, serta pasangan muda yang sudah berkahwin, dan perubahan lain yang akan berkuat kuasa mulai pelancaran seterusnya.

Kelewatan dalam keputusan undian untuk pelancaran BTO Mei berpunca daripada gangguan sistem, dengan beberapa bakal pembeli menunggu hingga dua jam di ruang menunggu maya sebelum mereka boleh memasuki portal flat HDB pada hari pertama pelancaran, antara isu lain.

Bagi memenuhi permintaan perumahan yang meningkat, HDB berkata ia telah menambah bekalan flat BTO sebanyak 35 peratus, daripada 17,100 flat pada 2021 kepada 23,200 flat pada 2022,dan 23,000 flat pada 2023.

HDB berkata ia berada di landasan untuk melancarkan sejumlah 100,000 flat dari 2021 hingga 2025.

Hampir 10,000 flat telah dilancarkan dalam separuh pertama 2023, dan lagi 13,000 flat akan dilancarkan pada separuh kedua 2023.

Pelancaran terakhir bagi 2023 akan diadakan pada Disember, melibatkan 6,300 flat di bandar seperti Bedok, Bishan, Bukit Merah, Bukit Panjang, Jurong West, Queenstown dan Woodlands.

Pembeli flat yang memohon bagi flat baru mulai suku ketiga 2023 perlu mempunyai surat Kelayakan Flat HDB (HFE), kata HDB.

Surat itu cuma sah bagi enam bulan, justeru mereka yang berhasrat memohon flat dalam pelancaran seterusnya digalak membuat permohonan bagi surat HFE mereka selewat-lewatnya pada pertengahan Ogos, tambah HDB lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >