Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

HDB bertindak serta-merta bagi dapatkan semula geran yang disalah agih

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah mengambil tindakan dengan serta-merta untuk mendapatkan semula geran yang telah diagihkan kepada pemohon yang tidak layak dan sedang berusaha untuk mengesahkan status kelayakan baki 1,055 pemohon yang telah dikenal pasti Pejabat Juruaudit Negara (AGO).



Sistem pengagihan geran Lembaga Perumahan yang antara lain mengesahkan kelayakan pemohon kini dilakukan secara automatik, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, di Parlimen semalam.



Ini selepas AGO mendapati HDB telah mengagihkan geran perumahan berjumlah $405,000 kepada 13 pemohon yang tidak layak.



Encik Lee berkata HDB telah mengambil langkah dengan serta-merta untuk mendapatkan semula geran perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang telah salah diagih kepada 12 pemohon tidak layak.



Pemohon ke-13 yang telah diketahui AGO telah dinilai dengan tepat, tambahnya.



Kedudukan kelayakan lagi 1,055 pemohon yang telah dikenal pasti AGO kini sedang disahkan HDB.



Pemeriksaan dijangka tamat menjelang atau sebelum akhir tahun ini dan keputusan akan dilaporkan, kata Encik Lee.



Dapatan AGO dikeluarkan menyusuli pemeriksaan analisis data terhadap pembeli flat jualan semula yang telah memohon untuk dan mendapatkan sama ada Geran Keluarga atau Geran Bujang dari 1 April 2018 hingga 30 September tahun lalu.



Daripada 22,627 yang telah memohon sejumlah $807.77 juta dalam geran Keluarga atau Bujang, AGO mendapati sekitar 1,152 pemohon mungkin tidak layak untuk salah satu daripada geran tersebut.



Geran Keluarga memperuntuk sehingga $50,000 kepada pasangan yang sudah berumah tangga atau bertunang dan keluarga yang membeli flat jualan semua buat pertama kalinya sementara Geran Bujang memperuntuk sehingga $25,000 kepada pemohon bujang berusia 35 tahun ke atas.



Semalam, Encik Lee berkata geran telah disalah agihkan kepada 12 pemohon yang gagal mengesahkan maklumat yang diperlukan kepada HDB seperti pendapatan sebenar dan pemilikan hartanah privet.



Ia tidak dapat dikesan semasa pemeriksaan pengesahan.



Memberikan respons kepada soalan anggota Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied), Encik Lee berkata maklumat yang tidak didedahkan bagi setiap kes akan diteliti secara individu.



"Kami akan tinjau fakta dan keadaan di sebalik setiap kes.



"Beberapa kejadian yang tidak memberikan maklumat yang diperlukan mungkin dibuat secara sengaja dan ada yang akibat salah faham, kita perlu menelitinya setiap kes," katanya.



HDB menilai setiap permohonan geran secara manual untuk mengesahkan antara lain, pendapatan yang isytiharkan terhadap dokumen yang diserahkan oleh pemohon dan anggota rumah yang lain.



Ini termasuk penyata gaji, surat majikan, kenyataan komisen, sejarah sumbangan CPF dan notis nilai cukai pendapatan.



Bagi pemilikan hartanah privet, HDB mengesahkan dokumen seperti notis peralihan, instrumen peralihan dan penjualan serta pembelian persetujuan.



"Proses pengesahan selalunya kompleks terutama apabila pembeli flat dan anggota yang tinggal di rumah mempunyai pelbagai sumber pendapatan atau memiliki hartanah, secara tempatan atau luar negara," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >