LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini mengumumkan pelancaran 3,497 flat bagi sesi Bina-Ikut-Tempahan (BTO) untuk bulan ini.
Ia merupakan pelancaran sesi kedua sejak pengumuman dibuat bagi mengurangkan bekalan flat baru tahun ini.
Kesemua flat dibina di bawah empat projek di estet-estet belum matang: Yishun, Sembawang dan Sengkang, dengan dua projek berlangsung di Sembawang.
Flat-flat yang ditawarkan merangkumi flat dua hingga lima bilik, termasuk 70 flat tiga generasi atau flat 3G di bawah projek Anchorvale Parkview.
Flat 3G merupakan flat empat bilik untuk pasangan yang memohon bersama-sama ibu bapa mereka.
Permohonan boleh dikemukakan sehingga Selasa depan, atau 1 April.
Pelancaran flat untuk akan datang akan berlangsung pada Mei ini, dengan sejumlah 3,060 flat BTO ditawarkan di Bukit Batok dan Woodlands, serta tambahan 3,000 flat lebihan.