Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar 3,740 flat BTO

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH 3,740 flat Bina Ikut Tempahan (BTO), termasuk flat yang disertakan dengan khidmat sokongan bagi warga emas, telah dilancarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam, pelancaran flat HDB pertama tahun ini.



Flat-flat tersebut terletak di tujuh projek perumahan di bandar matang seperti Kallang/Whampoa dan Toa Payoh (Bidadari), serta di bandar lebih baru seperti Bukit Batok dan Tengah.



Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas boleh memohon bagi flat di Harmony Village@Bukit Batok.



Sebanyak 169 apartmen jagaan masyarakat ditawarkan dalam flat setinggi 15 tingkat yang disertakan dengan perkhidmatan sokongan mandatori bagi warga emas yang ingin hidup berdikari tetapi tetap mahukan sedikit sokongan dan khidmat jagaan.



Flat ini dijangka siap pada suku kedua 2024 dan akan dilengkapi kemudahan mesra warga emas seperti palang sokongan di dinding dan bilik air yang boleh digunakan secara mudah oleh pengguna berkerusi roda.



Setiap unit di flat tersebut yang berukuran 32 meter persegi ditawarkan dengan harga antara $52,000 dengan $60,000 dan dijual dengan tempoh pajakan antara 15 dengan 35 tahun. Ia tidak boleh dijual semula atau disewakan.



LAPORAN LANJUT: Flat BTO baru penuhi keperluan, bajet meluas pembeli




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >