Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar 6,800 flat BTO dengan peraturan lebih ketat

Oct 04, 2023 | 05:26 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah melancarkan 6,800 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) untuk penjualan pada Oktober 2023.

Kesemua flat itu bakal disediakan di bawah lapan projek BTO di Chua Chu Kang, Kallang/Whampoa, Queenstown dan Tengah.

Menurut satu kenyataan HDB, enam daripada projek itu, atau kira-kira 75% daripada jumlah flat yang ditawarkan, mempunyai masa menunggu selama empat tahun atau kurang.

HDB menawarkan pilihan flat meluas, termasuk flat fleksi dua bilik dan flat tiga generasi, untuk memenuhi keperluan perumahan yang pelbagai.

Flat baharu itu diberi diskaun pasaran yang besar agar ia lebih dimampui oleh rakyat Singapura. Menurut HDB, harga jualannya lebih rendah berbanding harga flat jualan semula yang setanding, tambahnya.

Kesemua flat itu dilancarkan di kedua-dua estet matang dan belum matang.

Dua daripada projek itu, di Kallang/Whampoa dan Queenstown, terletak di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), dengan syarat jual-beli lebih ketat, termasuk pengembalian wang subsidi sebanyak 6 peratus daripada harga jualan semula atau harga taksiran (yang mana lebih tinggi) apabila flat itu dijual kelak.

Enam daripada lapan projek itu mempunyai masa menunggu selama empat tahun atau kurang, kata HDB.

Plantation Edge I dan II di Tengah dan Rail Green I @ CCK di Chua Chu Kang mempunyai masa menunggu paling singkat, dari tiga tahun hingga tiga tahun dan empat bulan.

Di bawah peraturan baharu yang bermula dengan latihan ini, pemohon flat BTO dan skim Jualan Baki Flat (SBF) yang mendapat nombor giliran dalam lingkungan jumlah bekalan flat yang ditawarkan, tidak dibenarkan memohon flat dalam latihan seterusnya, sehingga selepas janji temu tempahan mereka.

Ini bertujuan memberi peluang lebih cerah kepada pemohon lain untuk mendapat flat BTO, jelas HDB.

Selain itu, mereka yang diundang memilih flat BTO tetapi tidak melakukannya akan mempunyai peluang lebih tipis untuk mendapatkan flat BTO yang lain selama setahun.

Bagi projek PLH di Tanglin Halt Cascadia di Queenstown misalnya, sebanyak 973 flat tiga dan empat bilik ditawarkan. Ia terletak berdekatan stesen MRT Commonwealth.

Setiap unit flat dijual pada harga daripada serendah $364,000 hingga $509,000 (tidak termasuk geran) bagi flat tiga bilik, dan dari $537,000 hingga $702,000 (tidak termasuk geran) bagi flat empat bilik. Ini menjadikan flat-flat ini yang termahal dalam pelancaran BTO ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >