Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar flat BTO di Bedok dan Serangoon pada Mei

Mar 02, 2023 | 05:30 AM



ESTET matang Bedok dan Serangoon akan mendapat flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru buat pertama kali dalam tempoh kira-kira tujuh dan sembilan tahun.



Sebanyak 1,960 flat akan dilancarkan di kedua-dua estet dalam latihan penjualan Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Mei.



Kedua-dua projek BTO itu akan menyediakan flat lima bilik, yang lebih biasa ditawarkan di estet tidak matang dan estet matang terpilih yang terletak jauh dari pusat bandar.



Di Bedok, HDB akan membina sekitar 1,630 flat fleksi dua bilik, tiga bilik, empat bilik, lima bilik dan flat tiga generasi di sebuah tapak berhampiran stesen MRT Tanah Merah.



Tapak itu bersempadan dengan Bedok South Road dan Bedok South Avenue 3.



Di Serangoon pula, 330 flat empat bilik dan lima bilik akan dilancarkan di sebuah tapak yang bersempadan dengan Serangoon North Avenue 1 dan Yio Chu Kang Road.



Ini merupakan kali pertama flat lebih besar disediakan di estet matang sejak sistem BTO dilaksanakan sepenuhnya pada 2002.



HDB kali terakhir melancarkan flat baru di Bedok pada November 2016 bila ia menawarkan 1,655 flat BTO merentasi tiga projek BTO.



Daripada tiga projek itu, hanya satu projek menyediakan flat lima bilik.



Pada Januari 2014, 150 pangsapuri studio untuk warga emas telah dilancarkan di Serangoon.



Penganalisis kanan One Global Group, Encik Mohan Sandrasegeran, berkata kemasukan flat lima bilik di kedua-dua estet matang mungkin akan menjana minat yang besar daripada bakal pembeli yang menunggu peluang sedemikian.



"Ini memberikan peluang yang baik kepada pembeli rumah yang berminat untuk mendapatkan flat yang luas," tambahnya.



HDB biasanya menawarkan flat BTO lima bilik di estet matang seperti Tampines, Pasir Ris dan Ang Mo Kio dan bukannya di estet yang terletak di tengah-tengah Singapura seperti Queenstown, Bukit Merah dan Bishan.



Dalam penjualan Ogos 2022, flat lima bilik juga disediakan dalam projek BTO di Ang Mo Kio dan Tampines.



Harga flat lima bilik dalam projek BTO Ang Mo Kio - Central Weave @ AMK - berharga antara $713,000 dan $877,000, yang menimbulkan kejutan beberapa pihak.



Namun, terdapat lebih tiga pemohon kali pertama bersaing untuk setiap flat yang ada pada penutupan latihan penjualan.



Pada Mei 2023, HDB akan menawarkan flat BTO di Tengah dan Kallang/Whampoa sebagai tambahan kepada Bedok dan Serangoon.



HDB juga akan menawarkan antara 5,200 dan 6,200 flat pada Ogos 2023, di Choa Chu Kang, Tengah, Bukit Merah, Kallang/Whampoa dan Queenstown.



HDB berkata ia sedang memantau permintaan dengan teliti dan bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat dari 2021 hingga 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >