Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB upaya lancar 100,000 flat hingga 2025

Desmond Lee galak warga bincang keperluan perumahan masa depan
Sep 26, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) berada dalam kedudukan yang baik untuk melancarkan 100,000 flat baru sejak 2021 sehingga 2025 jika ia diperlukan, kata Menteri Pembangunan Negara (MND), Encik Desmond Lee.



Beliau menambah HDB akur dengan keprihatinan masyarakat mengenai kelewatan pembinaan flat, masa menunggu yang panjang untuk mendapatkan flat serta kemampuan memiliki rumah.



"Kami memahami keprihatinan anda. HDB sedang bekerja keras untuk menguruskan kelewatan pembinaan dan meningkatkan bekalan flat HDB.



"Baru-baru ini HDB mengenepikan lebih banyak flat bagi pembeli rumah kali pertama untuk membantu mereka mendapatkan rumah mereka dan kami akan terus mengawasi pasaran hartanah, untuk menyokong pasaran hartanah yang stabil dan mampan," ujar beliau.



Encik Lee berkata demikian dalam sesi Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore) pertama anjuran kementeriannya pagi semalam.



Sesi yang disertai sekitar 180 para peserta itu bertujuan melibatkan masyarakat dalam perbincangan mengenai isu-isu perumahan bagi pelan masa hadapan.



Beliau menyatakan bahawa kini lapan dalam 10 rakyat Singapura yang tinggal di flat HDB dan Singapura adalah di antara negara yang mempunyai pemilikan rumah yang tertinggi di dunia.



"Kita seringkali mengambil ringan mengenainya tetapi ini bukan norma apabila kita membandingkan dengan negara-negara lain di seluruh dunia, sebagai contoh, di Hong Kong, kadar pemilikan rumah lebih sedikit daripada 50 peratus," tambah Encik Lee.



Oleh itu, beliau berkata, sedang MND berusaha menangani cabaran yang dihadapi masa kini, juga penting memandang lebih jauh demi menangani cabaran akan datang.



"Perbincangan mengenai bagaimana isu perumahan berkembang dan berubah, mengetahui komitmen pemerintah kepada rakyat Singapura tentang perumahan serta memahami tugas dan tanggungjawab rakyat Singapura terhadap keluarga dan satu sama lain adalah di antara isu-isu penting dan harus dibincangkan," ujar beliau.



Beliau menambah warga Singapura boleh bersama-sama melakarkan masadepan perumahan Singapura.



"Beberapa aspirasi tetap sama misalnya pasangan muda ingin berkahwin dan membeli rumah mereka.



"Tetapi, ada trend dan jangkaan lain yang harus dikaji semula seperti penduduk yang semakin menua dan warga emas yang ingin meniti usia lanjut di kawasan yang sama.



"Kami melihat sebahagian rakyat Singapura yang ingin berdikari dan tinggal sendiri dan sebaliknya, kita mempunyai warga emas yang menghargai kebebasan mereka dan lebih ramai ingin tinggal berdekatan dengan anak-anak mereka tetapi tidak bersama mereka," kata beliau.



Oleh itu, Encik Lee menekankan betapa pentingnya warga berbincang mengenai perumahan dan kompak sosial mengenai perumahan awam.



Beliau menambah sepanjang setahun lalu, sebagai sebahagian daripada semakan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang baru selesai mengenai pelan-pelan pembangunan jangka panjang Singapura, MND telah berbincang dengan lebih 15,000 rakyat Singapura mengenai beberapa isu penting, termasuk masa depan perumahan.



Melalui perbincangan itu, terdapat banyak idea yang telah dicetuskan oleh orang ramai termasuk mengenai isu kemampanan di mana beberapa peserta yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai sama ada Singapura mempunyai tanah dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi harapan semua orang.



"Ada yang berasa bimbang dan menanyakan jika lebih banyak tanah yang perlu dibersihkan untuk membina lebih banyak lagi rumah.



"Ramai orang juga memberi kami idea tentang bagaimana kawasan halaman rumah serta prasarana di kawasan utama boleh diperbaiki, untuk menjadi lebih inklusif kepada semua orang," kongsi Encik Lee.



LAPORAN SELANJUTNYA: Aspirasi dan keprihatinan warga terhadap perumahan akan dibincang: Desmond




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >