Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Healthcare Triangle dilancar di SG, dijangka wujudkan lebih 500 pekerjaan

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 500 pekerjaan dijangka diwujudkan dalam tempoh lima tahun mendatang dengan pelancaran Healthcare Triangle Inc di Singapura semalam.



Syarikat yang disenaraikan di bursa saham Nasdaq di Amerika Syarikat, merupakan penyedia utama transformasi awan penjagaan kesihatan dan sains hayat, perkhidmatan terurus dan platform analitik data.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia berkata, pelancarannya di Singapura bertujuan memperkukuh penjagaan kesihatan digital di negara ini serta di seluruh Asia Pasifik (Apac).



Healthcare Triangle Singapore Pte Ltd akan melabur sebanyak AS$25 juta ($34.6 juta) dalam negara ini dan mahu mewujudkan 500 pekerjaan teknologi maklumat (IT), jurujual, membolehkan pekerja penjagaan kesihatan melaksanakan rekod kesihatan elektronik dan mempunyai pasukan sokongan bahagian belakang untuk menyediakan sokongan perkhidmatan terurus.



"Ibu pejabat serantau Apac akan berpangkalan di Singapura, tempat yang menggalakkan dan menyokong perniagaan global.



"Di Healthcare Triangle, inovasi dan perhatian kepada teknologi adalah yang paling utama, dan etos ini sejajar dengan usaha negara pintar Singapura," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Healthcare Triangle, Encik Suresh Venkatachari.



Pengembangan usaha sama syarikat itu ke rantau ini adalah untuk membantu inovasi selanjutnya dan memperkukuh peranan Singapura sebagai hab inovasi perubatan.



Menurut syarikat itu, rantau Apac sedang melalui peningkatan dalam mengguna pakai penjagaan kesihatan virtual, dan peningkatan pelaburan dalam pendigitalan institusi penjagaan kesihatan mempercepat lagi penggunaan platform kesihatan digital.



Disebabkan peningkatan kecerdasan buatan, Internet Benda (Internet of Things, atau IoT), dan Data Besar dalam penjagaan kesihatan, pasaran kesihatan digital rantau ini bernilai AS$40.3 bilion pada 2021, dan dijangka meningkat kepada AS$326.7 bilion menjelang 2030, tambah kenyataan tersebut.



Ia juga berkata, keperluan yang semakin meningkat bagi sistem maklumat klinikal dan rekod perubatan elektronik akan mendorong penggunaan platform penjagaan kesihatan digital.



"Kami yakin penyelesaian platform kami akan meningkatkan perniagaan penjagaan kesihatan dan sains hayat dengan kuasa untuk mengubah dan mengurus infrastruktur awan mereka merentas mana-mana penyedia perkhidmatan awan dan memperkasa perniagaan dengan keselamatan dan pematuhan sepenuhnya untuk memanfaatkan potensi penuh data mereka dan dengan itu mempercepatkan perjalanan transformasi digital dipacu data mereka," ujar Encik Venkatachari.



Majlis pelancaran Healthcare Triangle Inc yang diadakan di St Regis Singapore semalam dihadiri tetamu terhormat Pesuruhjaya Tinggi India, Encik P. Kumaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >