Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Helmet' baru, 'vest' dan tali pinggang lebih baik bagi tentera darat

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



TENTERA darat Singapura kini boleh mengenakan helmet baru dan sistem pembawa peralatan (LBS) yang lebih baik, merangkumi 'vest' dan tali pinggang, untuk membawa peralatan ketenteraan mereka.



Sejak Januari tahun ini, anggota perkhidmatan negara (NSF) sepenuh masa yang berkhidmat dalam unit kombat seperti komando, pengawal, dan infantri telah diberikan versi LBS dipertingkat yang lebih mudah untuk disesuaikan, ergonomik dan lebih selesa dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan tentera.



Buat julung kalinya, dua jenis LBS dihasilkan untuk menggantikan vest lama yang digunakan sejak 2009.



Versi biasa akan diberikan kepada semua NSF lain, seperti mereka yang berada dalam kumpulan sokongan kombat atau khidmat sokongan kombat mulai tahun depan.



Pengumuman tersebut dibuat sempena ulang tahun tentera darat Singapura yang ke-55 tahun ini.



Ia ditubuhkan berdasarkan Bil Tentera Singapura yang diluluskan di Parlimen pada Disember 1965.



LBS baru itu akan membolehkan anggota tentera membawa peralatan ketenteraan yang diperlukan semasa berlatih di luar, termasuk botol air, peluru atau alat komunikasi.



Dua jenis LBS itu dilengkapkan dengan tali pinggang yang bertujuan untuk mengurangkan berat yang dipikul di bahu.



Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata LBS diperbuat daripada bahan ringan yang membuatkannya lebih selesa dipakai.



Topi keledar baru, yang telah diperkenalkan sejak Oktober tahun lalu 10 peratus lebih ringan berbanding versi lama.



Reka bentuknya lebih sesuai dikenakan dengan alat lain yang dipakai atas kepala seperti penutup telinga, alat komunikasi dan alat penglihatan malam.



Ketua Pusat Kecemerlangan bagi Prestasi Askar (CESP), Leftenan Kolonel Ho Chee Leong, berkata peralatan baru itu meningkatkan keselesaan askar dan yang lebih penting meningkatkan keberkesanan dalam pertempuran.



"Dengan menggunakan pendekatan kejuruteraan manusia, kami menggunakan data anthropomorfik askar kami untuk sebagai rujukan untuk reka bentuk peralatan berbeza," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >