Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hidupkan budaya wakaf bagi perkasa asatizah: Masagos

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



MASYARAKAT digalak agar menghidupkan budaya wakaf supaya lebih berdikari dalam mendanakan pembelajaran serta penggajian asatizah demi memperkasa mereka bagi keperluan masa depan.



Menyatakan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata adalah penting bagi masyarakat menyokong menampung kos agama dengan memanfaatkan kekayaan yang dimiliki seperti mewakafkan hartanah mereka.



"Kita nak hidupkan budaya wakaf dan menetapkan matlamat bagi masyarakat kita untuk menjadi orang kaya.



"Justeru, kita boleh mewasiatkan harta kita dalam bentuk wakaf sebagai wakaf berkekalan untuk hari akhirat.



"Dan daripada hasil wakaf kita itu, ia dapat menampung pembangunan para asatizah dengan memberi mereka gaji sebaik mungkin tanpa kita memerlukan sokongan daripada pemerintah," ujarnya.



Ini ditekankan Encik Masagos dalam satu dialog dalam talian anjuran Berita Harian (BH) semalam bersama asatizah setempat daripada pihak masjid, swasta dan madrasah.



Encik Masagos berkata adalah penting untuk memperkasa asatizah kerana golongan ini merupakan satu daripada tiga tunjang penting - selain golongan karyawan dan usahawan - bagi menguatkan nilai dalam masyarakat.



Asatizah adalah tunjang dan benteng dalam masyarakat terutama dalam waktu krisis ini dengan memaparkan sikap tuntas mengharungi cabaran pandemik, kata Encik Masagos.



Beliau turut memuji asatizah yang banyak membuat perubahan diri dan fizikal seperti membuat penyesuaian ke arah digital dan merebut peluang semasa krisis.



Golongan karyawan, kata Encik Masagos, telah menyumbang dalam bentuk kerjaya, memberi keyakinan kepada masyarakat dan juga Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF).



Manakala golongan usahawan pula telah membantu dalam memperbanyakkan harta untuk diagihkan menerusi derma dan zakat.



Encik Masagos berkata dalam usaha mempertingkat kemahiran dan kepakaran asatizah, dana diperlukan bukan sahaja bagi persekolahan atau pentauliahan lebih tinggi buat mereka.



Malah ia bagi memberi gaji yang setaraf dengan kepakaran yang mereka kongsi bersama masyarakat.



"Kita tidak boleh mengharapkan dana daripada pemerintah. Jika ia berkaitan agama, kita perlu mengusahakannya.



"Kita juga tidak mahu harapkan dana daripada luar negara kerana akan terdapat aturan dan pengaruh yang perlu dipatuhi.



"Jadi kita boleh memanfatkan kekayaan yang kita kumpul dalam hidup, mewakafkan sebahagiannya sebagai wasiat untuk dijadikan wakaf yang kekal dari segi tanah harta dan hasilnya digunakan untuk menyokong pembangunan asatizah kita," menurutnya.



Wakaf, katanya lagi, bukan sahaja satu bentuk ibadah menyerahkan harta dimiliki untuk kegunaan dan kepentingan masyarakat tetapi juga untuk hari kemudian.



Malah wakaf mampu mempersiapkan keperluan anak-anak untuk hari muka.



Sejak dahulu lagi, institusi wakaf di Singapura telah berperanan dalam menyediakan kemudahan bagi memenuhi tuntutan dan keperluan sosial umat Islam menerusi pembinaan pelbagai prasarana untuk kegunaan masyarakat.



Seramai 12 asatizah yang terdiri daripada pelbagai bidang menyertai dialog bersama Encik Masagos itu.



Dialog dikendalikan oleh editor naskhah BH, Encik Suhaimi Mohsen.



Sebelum ini, BH turut menganjurkan dialog bersama asatizah yang turut disertai Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo; Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Mereka disertai oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; dan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.




"Kita nak hidupkan budaya wakaf dan menetapkan matlamat bagi masyarakat kita untuk menjadi orang kaya. Justeru, kita boleh mewasiatkan harta kita dalam bentuk wakaf sebagai wakaf berkekalan untuk hari akhirat. Dan daripada hasil wakaf kita itu, ia dapat menampung pembangunan para asatizah dengan memberi mereka gaji sebaik mungkin tanpa kita memerlukan sokongan daripada pemerintah."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >