Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Home Team manfaat teknologi tinggi, baru bagi tingkat kebolehan

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



HOME Team telah menyesuaikan operasinya semasa pandemik Covid-19 ini demi memastikan ia dapat terus memastikan keselamatan Singapura.



Ia juga akan meningkatkan kebolehannya dengan memanfaatkan teknologi tinggi dan baru.



Demikian kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam dalam ucapannya sempena Majlis Perayaan Hari Kebangsaan Home Team 2021 semalam.



"Dalam tempoh setahun lalu, Home Team perlu menyesuaikan diri dan meneruskan misi kami memastikan keselamatan Singapura.



"ICA (Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan) misalnya, melaksanakan langkah-langkah kawalan sempadan dengan cepat, memikul tugas menguatkuasakan rejim Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan menubuhkan Pejabat Perjalanan Selamat untuk menyediakan satu tempat khusus bagi perkara atau masalah berkaitan perjalanan," ujar beliau.



Memberi contoh lain, Encik Shanmugam berkata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan responden kecemasannya telah membawa lebih 7,000 pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dan lebih 2,000 pesakit Covid-19 ke hospital sejak Januari tahun lalu dengan Julai tahun ini.



Pasukan Polis Singapura (SPF) pula perlu menangani peningkatan dalam jenayah siber seperti penipuan dalam talian.



"Pada 2020, lebih 15,000 kes penipuan dilaporkan, iaitu peningkatan 65 peratus berbanding 2019," ujar Encik Shanmugam.



Biro Narkotik Pusat (CNB) pula perlu berdepan dengan taktik-taktik baru sindiket dadah, yang kini telah menukar pendekatan operasinya.



Ini termasuk menyeludup dadah menggunakan dron, buah-buahan dan cara lain.



Semalam, Encik Shanmugam turut menyentuh usaha Home Team menggunakan teknologi demi meningkatkan keupayaan mereka.



Beliau berkata lebih banyak dokumen fizikal akan digantikan dengan dokumen digital secara progresif bermula lewat tahun ini dengan surat beranak dan surat kematian.



Selain itu, SCDF juga sedang meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keupayaan operasinya.



"Misalnya, analisis video akan digunakan bagi mengklasifikasikan jenis kebakaran, cadangkan alat paling sesuai untuk dihantar untuk memadamkan kebakaran tersebut," katanya.



Ini akan mempercepat pemahaman situasi dan pengambilan keputusan, tambah Encik Shanmugam.



Beliau menghadiri Majlis Perayaan Hari Kebangsaan Home Team 2021 yang diadakan secara dalam talian semalam sebagai tetamu terhormat.



Turut hadir ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; serta Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan.



Semasa majlis itu, 105 pegawai Home Team, 15 sukarelawan, 10 organisasi, tiga kumpulan projek dan 86 individu telah menerima Anugerah Hari Kebangsaan Menteri Ehwal Dalam Negeri.



Oleh kerana majlis tersebut diadakan secara dalam talian tahun ini dek Covid-19, setiap penerima anugerah telah menerima e-mel ucapan tahniah daripada Encik Shanmugam.




"ICA (Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan) misalnya, melaksanakan langkah-langkah kawalan sempadan dengan cepat, memikul tugas menguatkuasakan rejim Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan menubuhkan Pejabat Perjalanan Selamat untuk menyediakan satu tempat khusus bagi perkara atau masalah berkaitan perjalanan."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >