Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Home Team sedia latihan kepimpinan bagi pegawai kanan

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



AKADEMI Home Team (HTA) telah memulakan semula latihan kepimpinan bagi pegawai Home Team dengan langkah pengurusan selamat yang diterapkan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.



Dalam kenyataannya semalam, HTA berkata seramai 29 pegawai kanan Home Team dan dua pegawai daripada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) telah menyertai Kursus Komand Kanan dan Kakitangan Home Team (HTSCSC) yang ke-14 itu dari 14 September 2020 hingga 9 Oktober lalu.



Sementara itu, seramai 19 pemimpin kanan daripada Home Team dan tiga daripada Kementerian Pertahanan (Mindef), Kastam Singapura dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah menyertai Program Phoenix yang keempat dari 5 hingga 30 Oktober lalu.



HTA berkata, bagi memastikan keselamatan peserta, ia telah menyesuaikan diri dengan menggunakan wadah digital dan virtual dengan lebih kerap.



"Misalnya, peserta dapat mengenali antara satu sama lain menerusi video dan berhubung dengan menggunakan wadah kiriman mesej secara berkumpulan (chat group).



"Jika kelas diadakan secara fizikal, peserta berinteraksi dan belajar semasa sesi tersebut bersama pensyarah sambil mematuhi langkah pengurusan selamat seperti memakai pelitup dan memastikan jarak selamat antara satu sama lain," jelas HTA.



Antara ciri utama bagi kededua program tersebut ialah sesi bersembang bersama pemegang jawatan politik.



Mereka terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara Singapura, Teo Chee Hean; Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-undang Encik K Shanmugam; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing; Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo; dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Peserta juga terlibat dalam sesi perbincangan bersama pemimpin perkhidmatan awam kanan terdahulu dan juga yang masih sedang bertugas dan Setiausaha Tetap, termasuk Encik Leo Yip, Ketua Perkhidmatan Awam dan mantan pemikul jawatan itu, Encik Peter Ong.



Mengulas tentang sesi-sesi berkenaan, Encik Shanmugam berkata:



"Pemimpin Home Team mengendalikan pelbagai cabaran yang serius. Jadi, HTA memberi tumpuan dalam memberikan pemimpin kami latihan yang sebaiknya, dan juga pendedahan kepada para penggubal dasar untuk memperluas pemikiran mereka."



Sementara itu, Ketua Eksekutif HTA, Encik Clarence Yeo, berkata program pembangunan kepimpinan HTA merupakan wadah yang penting bagi pegawai daripada pelbagai jabatan Home Team dan agensi Pemerintah yang lain untuk berhubung antara satu sama lain dan berkongsi pengalaman dan idea kepimpinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >