Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’PURA LONGGARKAN SEKATAN

Hospital beri semula tumpuan pada pesakit kronik secara bertahap

Ye Kung: Sebahagian besar pesakit jabatan kecemasan kini tidak berkaitan dengan Covid-19
Mar 25, 2022 | 05:30 AM



SEDANG gelombang Omicron mereda, hospital di sini secara bertahap-tahap mengalihkan tumpuan mereka kembali untuk berkhidmat kepada pesakit "perniagaan-seperti- biasa" yang tidak berkaitan dengan Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



"Hospital kini sedang mengenepikan beberapa katil dan tenaga manusia yang telah dikerahkan bagi Covid-19," kata Encik Ong dalam satu sidang media oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19 semalam.



Sambil menambah bahawa sebahagian besar pesakit jabatan kecemasan kini tidak berkaitan dengan Covid-19, beliau berkata:



"Ini adalah untuk kebanyakan mereka (pesakit) dengan penyakit kronik yang mungkin tidak mendapat rawatan susulan dekat sejak dua tahun lalu kerana semua orang terlalu sibuk menangani Covid-19."



Merujuk kepada mereka sebagai pesakit "perniagaan-seperti-biasa" (BAU) hospital, beliau menambah:



"Kita kini mempunyai 'tunggakan' BAU (business as usual) yang perlu diberi perhatian."



Encik Ong berkata tunggakan itu, yang merujuk kepada jumlah besar pesakit penyakit kronik yang memerlukan perubatan susulan, telah menjadi kos penjagaan kesihatan tidak berkaitan dengan Covid-19 yang berasingan, dan walau apa cara sekalipun jumlah jangkitan Covid-19 mencapai, kesan terhadap aliran kerja di jabatan kecemasan mungkin tidak begitu ketara.



Namun, respons struktur jangka panjang diperlukan, dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menangani isu itu.



Selain mengenepikan katil dan tenaga manusia di hospital untuk berkhidmat kepada pesakit BAU, kementerian itu menyasar membuka tiga lagi rumah penjagaan, termasuk di Pasir Ris dan Potong Pasir, bulan depan untuk memperluas kapasiti bagi jangka panjang.



"Ini akan membantu dengan sejumlah besar pesakit dari hospital, dan ini adalah pesakit yang kini berada di hospital menanti bagi rumah penjagaan," kata Encik Ong.



MOH akan terus memanfaatkan sepenuhnya kemudahan rawatan Covid-19 (CTF).



CTF yang sedia ada di Tampines akan diubah kembali menjadi rumah penjagaan sekitar bulan depan.



Hospital Masyarakat Sengkang, yang telah berkhidmat sebagai CTF, akan disusun semula untuk membolehkan ia merawat lebih ramai pesakit BAU untuk "terutamanya" berkhidmat bagi Hospital Besar Sengkang.



Kerjasama MOH dengan hospital privet, seperti Hospital Raffles, Hospital Mount Alvernia dan hospital-hospital Parkway, juga akan diteruskan.



Hospital tersebut telah memberikan pertolongan amat besar dan boleh membantu mengambil dan menguruskan beberapa pesakit bukan Covid-19 yang stabil dari segi fizikal.



Kelmarin, jumlah individu yang berada di hospital bagi Covid-19 turun sedikit kepada 951 pesakit.



Kali terakhir jumlah kes Covid- 19 di hospital di sini berada di bawah angka 1,000 ialah pada 4 Februari lalu.



Sekitar 95 peratus penduduk Singapura yang layak telah lengkap rejimen vaksinasi penuh mereka, dan 71 peratus daripada jumlah penduduk secara keseluruhan telah menerima suntikan penggalak mereka.




"Hospital kini sedang mengenepikan beberapa katil dan tenaga manusia yang telah dikerahkan bagi Covid-19.



Ini adalah untuk kebanyakan mereka (pesakit) dengan penyakit kronik yang mungkin tidak mendapat rawatan susulan dekat sejak dua tahun lalu kerana semua orang terlalu sibuk menangani Covid-19.



Kita kini mempunyai 'tunggakan' BAU (business as usual) yang perlu diberi perhatian."
- Encik Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >