Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hotel, restoran dan katering jangka jana lebih $6j sokong hasil tempatan

Oct 24, 2023 | 06:41 PM



Lebih $6 juta dijangka dapat dijana oleh perniagaan Hotel, Restoran dan Katering (Horeca) yang menyokong hasil tempatan, dengan 34 syarikat makanan kini menyertai Program Pengiktirafan Farm-To-Table (FTTRP).

Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, berkata Horeca adalah sebahagian FTTRP, program yang dibangunkan Agensi Makanan Singapura (SFA) dan persatuan tempatan dalam menggalakkan lebih banyak restoran dan kedai makan memilih sayur, ikan dan telur yang dihasilkan di S’pura.

Beliau berkata demikian semasa pembukaan rasmi Green Harvest Farm – inovator terkemuka dalam pertanian mampan – pada Selasa di kawasan Lim Chu Kang.

Di bawah program itu, SFA mengumpulkan petani, peruncit serta persatuan perniagaan Horeca untuk meningkatkan permintaan terhadap hasil tempatan.

Sebelum ini, hanya 11 syarikat makanan menjadi sebahagian FTTRP namun Perikatan untuk Bertindak (AfA), merangkumi pemain industri agromakanan, telah mencapai kemajuan ketara dalam menerima 23 lagi syarikat makanan.

Inisiatif itu dijalankan untuk mewujudkan permintaan mencukupi dalam kalangan syarikat makanan berkaitan hasil tempatan oleh ladang di sini yang bekalannya kian meningkat.

Usaha meningkatkan bekalan dijalankan AfA yang menangani ketidakcekapan pasaran dan ketidaktentuan bagi kedua-dua pengeluar dan peruncit.

Hasil daripada usaha AfA, Persekutuan Perniagaan Agro-Makanan Singapura (Safef) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat At Fresh dan Persatuan Industri Makanan Laut Singapura (Sias) untuk memacu pengambilan hasil tanaman segar tempatan, serta makanan diproses yang dibuat daripada ini.

Dr Koh menyatakan AfA telah bermesyuarat secara tetap selama enam bulan untuk meneliti permintaan dan bekalan penyatuan hasil tempatan dan membina sokongan lebih besar buat keluaran tempatan melalui pendidikan pengguna.

“Keselamatan dan daya tahan makanan kita hanya boleh dicapai dengan perpaduan sosial yang lebih kukuh yang mana setiap kita sebagai pengguna dan perniagaan bersedia untuk menyokong lebih banyak hasil tempatan.

“Inilah semangat latihan ForwardSG dan saya yakin bahawa keinginan dan tindakan kolektif kita akan membolehkan kita mencapai hasil yang jauh lebih besar, seperti yang kita lihat daripada Green Harvest dan AfA.”

Dr Koh turut menyatakan sumbangan pemerintah dalam menyokong hasil tempatan di mana Vital – agensi pusat yang menguruskan perkhidmatan korporat seperti perkhidmatan perolehan untuk Keseluruhan Pemerintah (WOG) – baru-baru ini telah melancarkan pembaharuan tender untuk Kontrak Katering Agregasi Permintaan WOG yang menggabungkan kriteria wajaran untuk inisiatif mampan.

“Ini bermakna katerer yang telah menjalankan inisiatif kelestarian, seperti diiktiraf di bawah FTTRP, boleh mendapat mata tambahan di bawah kriteria penilaian dan meningkatkan peluang mereka mendapatkan kontrak katering pemerintah.

“Kami yakin ini akan meningkatkan lagi permintaan terhadap hasil tempatan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >