Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ladang sayur, kenderaan kongsi bumbung tempat letak kereta di Hougang

Oct 09, 2023 | 05:26 PM



Tempat letak kereta bertingkat di Blok 946A Hougang Street 92 tidak menempatkan kenderaan sahaja.

Pelbagai jenis sayur, seperti bayam, chye sim dan kubis daun (kale), turut ditanam di situ, di ladang tegak Greenhood di bumbung bangunan tempat letak kereta itu. Ladang itu dibuka kepada orang ramai pada Ahad.

Sayuran di ladang itu ditanam menggunakan kaedah hidroponik tanpa tanah.

Di samping memaksimumkan penggunaan tanah, Greenhood ada kelainan berbanding ladang bumbung lain kerana sayur-sayurannya ditanam di rumah hijau dalam keadaan iklim terkawal.

Ini bermakna sayuran di ladang seluas 1,808 meter persegi itu tidak terdedah kepada keadaan cuaca yang pelbagai. Racun perosak juga tidak digunakan di ladang tersebut.

Greenhood, sebuah syarikat komersial, memenangi tender pemerintah untuk mengendali ladang bumbung itu, yang mula beroperasi pada Jun, selama tiga tahun.

Proses tanaman itu bermula dengan anak benih sayur ditanam di sebuah peralatan khas, dan kemudian disiram air dan airnya disalir selama tiga minggu hingga tanaman itu mencapai ketinggian sekitar lima sentimeter.

Ia kemudian dipindahkan ke panel aeroponik tegak dan diberi bekalan air yang kaya nutrien selama tiga minggu lagi hingga ia sedia untuk dituai.

Seorang jurutera, Encik Niven Ang, 27 tahun, memetik beberapa helai daun bayam di akhir lawatan ke ladang itu pada Ahad.

“Memetik (sayur ini) jauh lebih mudah daripada menuainya dari tanah, kerana anda hanya perlu petik (sayur) dari tiang. Dalam tuaian dari tanah ladang, anda perlu mencabut seluruh (sayurnya) dari tanah,” ujar beliau.

Isterinya, Cik Cheryl Lee, 25 tahun, seorang pekerja penjagaan kesihatan, pula berkata: “Kami dapat mencuba hasil (tanaman sayur) ini, ia lebih segar daripada apa yang kami dapat di pasar.”

Pengasas yang juga Ketua Eksekutif Greenhood, Encik Gaurav Saraf, meninggalkan kerjayanya sebagai pengarah di sebuah bank Jepun untuk mengendali ladang itu kerana ingin mengusahakan tanaman sayuran lebih mampan.

Pada Mei 2020, Agensi Makanan Singapura (SFA) melancarkan tender bagi sembilan tapak bumbung di tempat letak kereta bertingkat yang diubah menjadi ladang sayuran dan tanaman makanan lain.

Pelancaran itu antara strategi SFA untuk meningkatkan penghasilan makanan tempatan ke arah mencapai matlamat “30 menjelang 30” Singapura, iaitu menghasilkan makanan mencukupi bagi memenuhi 30 peratus keperluan pemakanan negara ini menjelang 2030.

Ladang itu mempunyai pasar yang dibuka setiap Ahad untuk pelanggan membeli sayuran yang berharga antara $2 dengan $6 di www.greenhood.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >