Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA lulus ubat diabetes Wegovy, dapat turunkan berat badan

Apr 04, 2023 | 05:30 AM



UBAT diabetes, Wegovy, yang mempunyai dos lebih tinggi daripada ubat diabetes, Ozempic, telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Kesan sampingan penurunan berat badan disebabkan Wegovy telah menarik perhatian ramai di media sosial.



Orang dewasa yang obes, atau yang mempunyai berat badan berlebihan dengan sekurang-kurangnya satu lagi penyakit serius lain yang berkaitan berat badan seperti tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2 atau kolesterol tinggi, layak untuk mengambil Wegovy.



Hasil ujian klinikal daripada menggunakan Wegovy telah menyebabkan ia disebut-sebut sebagai ubat 'blockbuster', sama seperti Ozempic, walaupun Ozempic dicipta untuk menjadi ubat antidiabetik.



Pemilik Twitter, Elon Musk, bahkan telah mengakui bahawa beliau menggunakan Wegovy, selain berpuasa, untuk membantunya menurunkan berat badan.



Kedua-dua Wegovy dan Ozempic dihasilkan oleh firma farmaseutikal, Novo Nordisk, yang beribu pejabat di Denmark.



Kedua-dua ubat itu mengandungi bahan aktif yang sama yang dikenali sebagai semaglutide.



Meniru hormon semula jadi yang dipanggil glucagon-like peptide-1, semaglutide mengawal paras gula dalam darah dan mendorong rasa kenyang serta mengurangkan selera makan pengguna.



Dos maksimum untuk Wegovy, yang telah diluluskan di Singapura pada bulan Februari, adalah 2.4 miligram (mg).



Ozempic, yang telah diluluskan untuk digunakan di Singapura pada April 2021, mendapat tarikan pada 2022, selepas pengguna dan selebriti memuji keberkesanannya dalam menurunkan berat badan di TikTok.



'#ozempic' di TikTok mempunyai lebih daripada 741 juta tontonan, manakala '#ozempicweightloss' telah menarik kira-kira 267 juta tontonan.



'Kegilaan' itu nampaknya telah melanda Singapura, dengan penjual di platform e-dagang tempatan mengeksploitasikan situasi.



HSA telah menghapuskan empat penyenaraian Ozempic dan Wegovy sejak awal 2023.



Kedua-dua ubat hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh melalui preskripsi daripada ahli farmasi.



Jurucakap HSA berkata:



"Ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa kepada kesan buruk jika diambil tanpa pengawasan perubatan."



Sesiapa yang melanggar larangan penjualan ubat preskripsi boleh didenda sehingga $50,000, atau dipenjarakan sehingga dua tahun di bawah Akta Produk Kesihatan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Ramai doktor di seluruh dunia telah menyuarakan kebimbangan mengenai ubat tersebut. Beberapa tindak balas buruk dilaporkan termasuk kesan gastrousus, gangguan hati dan hempedu, keradangan pankreas, peningkatan degupan jantung dan keletihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >