Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA rampas e-rokok dan alat berkait bernilai $200,00

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah merampas rokok elektronik (e-rokok) dan alat berkaitannya dengan nilai pasaran hampir $200,000 setelah menjalankan operasi 24 jam terhadap pengedar dan penjual rangkaian pengedaran e-rokok di sini pada 6 Januari lalu.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, HSA berkata, ia telah melakukan beberapa serbuan di tempat tinggal pengedar dan penjual termasuk di sebuah hotel di Geylang dan dua rumah di Yishun dan Serangoon.



Tiga individu - dua lelaki dan seorang wanita - kini sedang membantu siasatan.



Salah seorang lelaki yang ditangkap juga telah dirujuk ke Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi siasatan berhubung kesalahan yang disyaki berkaitan dadah.



Menurut HSA, ketiga-tiga mereka telah menggunakan Telegram untuk mengiklankan secara haram dan membekalkan barangan larangan tersebut kepada sebilangan besar orang dalam kumpulan Telegram itu.



Penguasa tersebut juga menambah bahawa penyeludup dan penjual e-rokok menggunakan aplikasi mesej tanpa nama seperti WeChat dan Telegram untuk melakukan aktiviti haram secara sembunyi.



"HSA telah memantau rapi rangkaian pengedaran e-rokok pada platform seperti Telegram yang digunakan untuk menjual barangan terlarang.



"Melalui pengawasan yang intensif dan usaha pengumpulan risikan, HSA berjaya mengganggu rangkaian penjual ini.



"HSA akan terus memantau aktiviti haram tersebut dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap pesalah sedemikian," menurut kenyataan itu.



HSA turut mengingatkan orang ramai bahawa Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan) melarang import, pengedaran dan penjualan atau tawaran jualan produk tembakau yang bukan asli.



Ini termasuk tembakau shisha, tembakau tanpa asap, tembakau kunyah seperti Gutkha, Khaini, Zarda, e-rokok dan alat berkaitannya.



Mereka yang didapati bersalah melakukan demikian boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.



Bagi kesalahan kedua atau selanjutnya, pesalah boleh didenda sehingga $20,000, dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.



HSA turut menekankan bahawa pembelian, penggunaan atau pemilikan produk-produk tersebut juga merupakan kesalahan di sisi undangundang.



Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang import, pengedaran, penjualan atau tawaran penjualan haram e-rokok boleh melaporkannya di www.go.gov.sg/reporttobaccooffences atau hubungi 6684-2036 atau 6684-2037, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >