Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MERAI HARI KEHARMONIAN KAUM

Hsiuh: Bila ada apa-apa masalah, minta saja bantuan jiran

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



Jiran, kawan, sehaluan



Hubungan kaum yang harmoni di Singapura begitu menyerlah dalam kalangan penduduk yang hidup berjiran di kawasan kejiranan kita. Di sinilah penduduk pelbagai kaum dan dari latar belakang berbeza menjalinkan ikatan persahabatan yang bermakna lagi abadi. Sempena Hari Keharmonian Kaum, BERITA HARIAN bersembang dengan tiga jiran berbeza bangsa tentang bagaimana warna kulit tidak menjadi hambatan untuk menjalin hubungan yang sejati.




WAJAR berbaik dengan jiran, tidak kira bangsa, kerana mereka ibarat keluarga terdekat kita.



Itulah prinsip yang digenggam kukuh Encik Edmund Hsiuh, yang gembira hidup dalam kalangan jiran-jiran yang saling prihatin.



"Jiran adalah orang terdekat dengan kita selain ahli keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama.



"Jika kita tidak tolong sesama kita, siapa lagi kan?" kata Encik Hsiuh.



Lantaran itulah, penduduk Choa Chu Kang itu sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk menjalin hubungan baik dengan jiran-jiran dan menyumbang untuk menjadikan kejiranan mereka tempat yang lebih baik untuk didiami.



Encik Hsiuh, 47 tahun, sudah tinggal di Blok 251 Choa Chu Kang Avenue 2 selama hampir tiga dekad dan sepanjang masa itu, pelbagai kisah beliau dan jiran yang saling membantu telah dilaluinya.



Baru-baru ini, jirannya Cik Siti Herawati Mohd Harun yang tinggal di Blk 250 yang berhampiran mengalami masalah lampu yang rosak di sepanjang koridor.



Orang pertama yang Cik Siti hubungi untuk mendapatkan bantuan ialah Encik Hsiuh.



"Apabila beliau ada masalah, saya dan seorang lagi rakan saya Apan (nama timangan seorang lagi jiran mereka, Encik Sethuraman Alagappan) yang akan beliau hubungi untuk tanya macam mana nak selesaikan masalah ini.



"Kami gembira membantu beliau. Sebab banyak kali juga Cik Siti membantu kami dan jiran-jiran lain. Setiap kali ada masalah, kami semua tidak segan minta bantuan," katanya tersenyum lebar.



Persahabatan tiga jiran ini semakin erat apabila mereka menyertai Rangkaian Penduduk (RN) sekitar tujuh tahun lalu dengan tujuan menyumbang untuk menjadikan kejiranan mereka lebih baik dan mengeratkan hubungan sesama jiran di kawasan itu.



Mereka bersama kawan-kawan lain menganjurkan pelbagai aktiviti bagi penduduk dan dalam sama-sama menganjurkan acara hubungan mereka bertiga semakin akrab, kata bapa dua orang anak itu.



"Kerana kami dari bangsa berbeza, kami mula menganjurkan aktiviti yang dapat tingkatkan kesedaran mengenai budaya-budaya berbeza di Singapura," ujar beliau lagi.



Encik Hsiuh menambah:



"Kadangkala, kita fikir kerana kita sudah hidup dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama, kita cukup tahu tentang perayaan budaya lain. Tetapi sebenarnya, masih banyak lagi yang boleh kita pelajari dan dalami.



"Tetapi dengan mengadakan perayaan inklusif, kita semua dapat belajar lebih banyak dan lebih memahami budaya dan amalan masing-masing," kata Encik Hsiuh, seorang pelabur hartanah, yang kini menggalas peranan sebagai pengerusi RN Brickland Arcade.



Encik Hsiuh menambah, menggalak dan memperkukuh kehidupan berjiran yang harmoni ini bukanlah sesuatu yang mudah.



Semakin ramai yang kini tidak begitu gemar menyertai kegiatan kemasyarakatan di kejiranan.



Meskipun mereka menghormati bangsa lain dan menghargai hidup dalam masyarakat majmuk, namun Encik Hsiuh mahu membawa hubungan itu ke tahap yang berbeza - seperti persahabatan yang beliau nikmati dengan Cik Siti and Encik Alagappan.



"Bagi saya, ia penting untuk kita berinteraksi dengan penduduk lain dengan cara yang bermakna...supaya kita dapat benar-benar memahami satu-sama lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >