Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan SG-Vietnam tambah kukuh sejak dijalin pada 1973: Vivian

Feb 25, 2022 | 06:34 AM



HUBUNGAN Singapura-Vietnam bertambah kukuh dari masa ke masa sejak dua negara itu menjalin hubungan diplomatik pada 1973, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Ini hasil tahap kepercayaan tinggi di peringkat politik, kerjasama saling menguntungkan yang telah lama terjalin, dan hubungan kukuh rakyat dua negara itu, katanya kelmarin menjelang lawatan rasmi Presiden Vietnam, Encik Nguyen Xuan Phuc, ke Singapura dari semalam hingga esok.



Dalam satu wawancara bersama agensi berita Vietnam yang disiarkan kelmarin, Dr Balakrishnan berkata sebagai anggota Asean, Singapura dan Vietnam komited teguh terhadap keamanan dan kestabilan serantau serta kedudukan Asean sebagai teras, lapor The Straits Times.



"Dalam hal ini, Singapura menghargai peranan membina yang dimainkan Vietnam sejak menyertai Asean pada 1995. Ini terbukti semasa Vietnam menjadi pengerusi Asean pada 2020, yang mewujudkan mekanisme penting bagi membantu rantau kami menangani krisis Covid-19 secara kolektif," katanya.



Dua negara itu penyokong kuat aturan antarabangsa berasaskan peraturan dan undang-undang antarabangsa, dan komited terhadap perdagangan bebas.



Kedua-duanya juga anggota Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) serta Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), selain merupakan dua negara Asean yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah (EU).



Dr Balakrishnan juga menarik perhatian tentang hubungan ekonomi dan kerjasama yang telah lama terjalin dalam pembangunan sumber manusia antara dua negara itu.



Singapura secara konsisten berada di kedudukan tinggi sebagai salah satu rakan dagangan terbesar Vietnam, dan menjadi sumber utama pelaburan langsung asing ke Vietnam dua tahun berturut-turut.



Dengan pelaburan terkumpul AS$62.6 bilion ($84.2 bilion) dalam lebih 2,600 projek di 45 daripada 63 wilayah di Vietnam, Singapura juga pelabur Asean terbesar di Vietnam, dan ketiga terbesar keseluruhannya selepas Jepun dan Korea Selatan.



Taman Perindustrian Vietnam-Singapura, yang ditubuhkan 25 tahun lalu, kini mempunyai 10 taman perindustrian di tujuh kawasan, secara kolektif menarik pelaburan AS$14 bilion dan mewujudkan lebih 270,000 pekerjaan di Vietnam.



Tahun depan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala dua negara itu. Dr Balakrishnan berkata pemimpin dua negara itu telah membina tahap kepercayaan dan persefahaman politik tinggi bagi tempoh lama.



Dua negara itu saling menyokong satu sama lain dengan bekalan dan peralatan perubatan kritikal semasa pandemik Covid-19, dan sedang mengkaji untuk meneruskan perjalanan selamat, kata Dr Balakrishnan, yang Jun tahun lalu menjadi menteri Singapura pertama melawat Vietnam sejak Covid-19 bermula.




"Dalam hal ini, Singapura menghargai peranan membina yang dimainkan Vietnam sejak menyertai Asean pada 1995. Ini terbukti semasa Vietnam menjadi pengerusi Asean pada 2020, yang mewujudkan mekanisme penting bagi membantu rantau kami menangani krisis Covid-19 secara kolektif."
- Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >