Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan, cuaca dingin diramal berterusan hingga akhir Jan

Jan 16, 2023 | 07:59 PM



CUACA hujan diramal lebih kerap berlaku sepanjang dua minggu terakhir bulan ini dengan cuaca pada tempoh tersebut dirjangka lebih basah berbanding dua bulan pertama tahun ini.



Penduduk di sini juga boleh menjangkakan cuaca lebih dingin disertakan hujan di serata Singapura pada tempoh perayaan Tahun Baru Cina ini disebabkan ribut monsun yang menimpa rantau ini, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).



Dalam kenyataannya pada Isnin (16 Jan), MSS berkata keadaan Monsun Timur Laut rantau ini dijangka berterusan hingga separuh kedua Januari 2023, dengan angin paras rendah bertiup dari barat laut hingga timur laut.



Sewaktu tempoh Tahun Baru Cina, sebuah sistem cuaca tekanan tinggi di rantau utara benua Asia dijangka menjadi lebih hebat dan berupaya berupaya menyebabkan ribut kencang angin timur laut di Lautan Selatan China, kata MSS.



"Ribut itu dijangka berlangsung selama beberapa hari dan berupaya menyebabkan keadaan cuaca lebih dingin disertakan hujan di serata Singapura dan di sekelilingnya," katanya lagi.



Suhu cuaca seharian diramal antara 24 dengan 32 darjah Celcius bagi kebanyakan hari separuh kedua bulan ini, dan berupaya mencapai paras tinggi 33 darjah bagi beberapa hari.



Cuaca hujan yang berlaku sewaktu tempoh ribut monsun itu berupaya menjatuhkan suhu cuaca kepada antara 22 dengan 30 darjah Celcius bagi beberapa hari, kata MSS.



Cuaca diramal menjadi lebih reda pada minggu terakhir Januari ini dengan beberapa hujan disertakan guruh berlaku pada waktu siang.



Secara keseluruhan, paras hujan purata tinggi boleh dijangkakan bagi separuh kedua Januari 2023 dan jumlah hujan secara keseluruhan bulan ini dijangka mencatatkan paras hampir purata bagi kebanyakan kawasan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >