Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dijangka berterusan hingga akhir bulan ini

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



CUACA hujan dijangka berterusan sepanjang baki tempoh bulan ini, dengan hujan sederhana hingga lebat dijangka berlaku pada sebelah petang dan suhu merosot ke sekitar 23 darjah Celsius pada beberapa hari tertentu.



Fasa hujan monsun timur laut dijangka berterusan hingga Januari depan, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) kelmarin.



Pada beberapa hari tertentu dalam bulan ini, hujan mungkin berterusan hingga malam.



Namun, paras hujan bulan ini dijangka berada pada paras hampir paras purata bagi kebanyakan kawasan di Singapura.



Angin dari arah utara yang bertiup lebih kencang di Singapura dan rantau ini boleh membawa cuaca dingin dengan hujan pada dua atau tiga hari, kata MSS lagi.



Suhu antara 24 dengan 32 darjah Celsius dijangka pada beberapa hari dan setinggi 33 darjah Celsius pada dua atau tiga hari.



Beberapa hari berlaku hujan akan menyaksikan suhu turun ke sekitar 23 darjah Celsius.



Selepas bulan Januari basah itu, cuaca pada Februari dan separuh pertama Mac 2023 dijangka lebih kering sedang aliran monsun berubah ke fasa keringnya, kata MSS.



Pada Rabu lalu, beberapa kawasan di Singapura menyaksikan suhu jatuh ke 24 darjah Celsius, dan ramai orang kelihatan memakai jaket dan baju sejuk di Bedok, Orchard Road dan Toa Payoh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >