Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dijangka berterusan hingga akhir Jan

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



CUACA hujan yang dialami sepanjang hujung minggu Tahun Baru Cina dijangka berterusan hingga musim perayaan ini berakhir.



Menurut weather.com, hujan dijangka turun di Singapura sepanjang 10 hari seterusnya, dengan suhu antara 24 darjah Celcius dengan 30 darjah Celcius.



Pada 16 Januari lalu, Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata hujan dijangka berterusan sepanjang bulan ini menyusuli peningkatan angin kencang akibat monsun.



Dalam kemas kini setiap dua minggunya, MSS berkata suhu pada separuh kedua bulan ini antara 24 darjah Celcius dengan 32 darjah Celcius pada kebanyakan hari, dan mungkin mencapai paras tinggi 33 darjah Celcius pada beberapa hari.



Ia menambah bahawa lonjakan monsun juga akan menyebabkan suhu harian lebih rendah, antara 22 darjah Celcius dengan 30 darjah Celcius pada beberapa hari.



Cuaca hujan pada Tahun Baru Cina menimbulkan beberapa kesukaran.



Kelmarin, sekumpulan penumpang bas khidmat 154 SBS Transit terkandas dalam bas itu hampir dua jam setelah sebatang pokok tumbang di Dunearn Road pada tengah hari.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam jawapannya kepada akhbar The Straits Times bahawa seorang daripada mereka dibawa ke Hospital Tan Tock Seng disebabkan kejadian itu.



Sesetengah warga Singapura sukar mendapat teksi atau menempah kereta sewa privet sewaktu musim cuti itu, menurut ST dalam satu laporan berasingan kelmarin.



Pelanggan juga perlu menunggu lebih lama bagi perkhidmatan penghantaran makanan, dengan ada mereka menunggu hingga satu setengah jam. Grab berkata penghantar makanan berkurangan disebabkan hujan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >