Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dijangka dua minggu terakhir Jan

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



HUJAN diramal lebih kerap di sini sepanjang dua minggu terakhir bulan ini, yang dijangka lebih basah daripada dua minggu pertama tahun ini.



Orang ramai juga boleh menjangka cuaca lebih dingin beserta hujan di serata Singapura pada tempoh perayaan Tahun Baru Cina.



Ini disebabkan ribut monsun yang menimpa rantau ini, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).



Dalam satu kenyataannya kelmarin, MSS berkata keadaan monsun timur laut rantau ini dijangka berterusan hingga separuh kedua bulan ini, dengan angin paras rendah bertiup dari barat laut ke timur laut.



Sewaktu Tahun Baru Cina, sebuah sistem cuaca tekanan tinggi di rantau utara benua Asia dijangka menjadi lebih hebat dan berupaya menyebabkan ribut kencang angin timur laut di Laut Selatan China, kata MSS.



"Ribut itu dijangka berlangsung selama beberapa hari dan berupaya menyebabkan keadaan cuaca lebih dingin beserta hujan di serata Singapura dan di sekelilingnya," katanya lagi.



Suhu cuaca harian diramal antara 24 dengan 32 darjah Celcius bagi kebanyakan hari pada separuh kedua bulan ini, dan boleh mencapai paras tinggi 33 darjah Celcius pada beberapa hari.



Hujan yang berlaku sewaktu tempoh ribut monsun itu boleh menyebabkan suhu cuaca jatuh kepada antara 22 dan 30 darjah Celcius pada beberapa hari, kata MSS.



Cuaca hujan diramal lebih reda pada minggu terakhir bulan ini dengan hujan beserta guruh berlaku pada waktu siang.



Jumlah hujan melebihi paras purata boleh dijangka pada separuh kedua bulan ini, tetapi jumlah hujan bagi keseluruhan bulan ini dijangka hampir paras purata bagi kebanyakan kawasan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >