Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMULA SEMPADAN SG-M’SIA

Hujung minggu Good Friday: 436,800 rentas sempadan darat SG-M'sia

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 436,800 pelancong merentas sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia semasa cuti hujung minggu Good Friday yang baru berlalu.



Jumlah orang yang melalui pusat pemeriksaan darat di Koswe dan Second Link antara Jumaat dengan Ahad lalu adalah hampir 25 peratus lebih ramai berbanding tempoh yang sama dalam minggu sebelumnya.



Lonjakan trafik pada petang Khamis, apabila barisan beratur dilihat di luar Pusat Pemeriksaan Woodlands, menyaksikan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memproses 112,700 keberangkatan pada hari itu.



Menurut laporan The Straits Times, angka itu merupakan jumlah keberangkatan harian yang tertinggi dirakamkan sejauh ini sejak sempadan dibuka semula sepenuhnya untuk pelancong yang telah divaksinasi terhadap Covid-19 pada 1 April.



ICA berkata semalam bahawa seramai 242,500 pelancong tiba di sini melalui Koswe atau Second Link antara Jumaat dengan Ahad lalu.



Daripada jumlah itu, 79,200 orang tiba sama ada dengan menaiki bas atau berjalan kaki, 105,300 menaiki kereta dan 58,000 menaiki motosikal.



Sementara itu, 194,300 keberangkatan dari Singapura merangkumi 61,900 orang yang menaiki bas atau berjalan kaki, 77,600 yang menaiki kereta dan 54,800 yang menaiki motosikal.



Orang ramai dilihat beratur panjang di luar Pusat Pemeriksaan Woodlands pada petang Khamis dan pagi Jumaat lalu.



ICA semalam berkata ia telah melaksanakan beberapa langkah untuk menangani jumlah pelancong yang ramai semasa cuti hujung minggu itu.



Di Pusat Pemeriksaan Woodlands, di tempat pelancong yang berjalan kaki atau menaiki bas perlu melalui, polis dan pegawai ICA dikerahkan untuk menjaga ketenteraman.



Pada pagi Jumaat lalu, ICA mengubah hala buat sementara waktu beberapa bas awam ke ruang bas Pusat Pemeriksaan Woodlands.



Ini membolehkan penumpang terus memasuki pusat pemeriksaan tanpa perlu beratur di luar pusat pemeriksaan dalam hujan lebat.



"Di zon pelepasan kereta dan motosikal, pegawai ICA dapat membuat penyesuaian dan pengerahan fleksibel dengan pantas berdasarkan permintaan masa nyata bagi setiap kaedah pengangkutan," kata ICA.



"Oleh sebab kebanyakan pelancong sudah bersedia dengan dokumen mereka, mereka dapat lepas imigresen dengan lancar," tambah mereka.



Sebelum kesesakan trafik di pusat pemeriksaan darat bermula 5 petang Khamis lalu, seramai 662,900 orang telah berlepas dari Singapura melalui Koswe dan Second Link selepas sempadan dibuka semula pada 1 April.



Sementara itu, 601,700 orang telah tiba di Singapura melalui sempadan darat ketika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >