Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman mati kerana mengedar dadah adalah demi kepentingan rakyat Singapura: Shanmugam

Sep 03, 2022 | 02:16 PM



DASAR Singapura mengadakan hukuman mati kerana mengedar dadah adalah satu dasar yang dibuat demi kepentingan rakyat Singapura.



Demikian dikatakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam bagi menjawab soalan tentang bagaimana Singapura mengimbangi sudut pandangan yang bercanggah, di dalam dan luar negara, mengenai isu itu di sesi dialog dengan pelajar daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) semalam.



“Titik permulaan saya (ialah) apakah tugas saya sebagai menteri? Adakah kita mengatakan kita mempunyai hukuman yang tegas kerana kita mahu menjadi tegas?



Adakah kerana terdapat beberapa kemuliaan dalam menjadi tegas? Tiada satu pun daripada itu.



“Dari sesuatu yang membosankan (mundane) seperti membina jalan hingga menamakan sebuah bangunan dan mempunyai dasar-dasar - biarpun dalam penerbangan, penjagaan kesihatan, bajet, kepada apa jenis penalti yang kita ada untuk membuang sampah, mencabul, merogol, membunuh, dadah. Semuanya harus berdasarkan pandangan tertentu tentang apa yang ada demi kepentingan rakyat Singapura,” kata Encik Shanmugam.



Encik Shanmugam memberi contoh satu tinjauan yang dilakukan kementeriannya bahawa dalam kalangan bukan rakyat Singapura dari bahagian rantau ini, 83 peratus daripada responden berkata hukuman mati membuat orang ramai tidak mahu mengedar dadah ke Singapura.



“Jika saya hapuskan hukuman mati, pengedaran dadah ke Singapura akan menjadi lebih tinggi. Nyawa anda, nyawa adik-beradik anda, banyak nyawa lain yang akan terancam. Lebih ramai orang akan mati di Singapura jika kita hapuskan hukuman mati itu,” tambah beliau.



Beliau juga menyebut satu tinjauan berasingan oleh kementerian itu, yang menunjukkan hampir 87 peratus rakyat Singapura menyokong hukuman mati.



“Jadi tidak banyak hujah dalam Singapura. Hanya sesetengah orang sahaja yang mengulangi perkara ini,” kata menteri itu, sebelum menambah bahawa Singapura tidak bersendirian dalam undang-undang hukuman mati.



Hukuman mati juga dilaksanakan di tiga negara terbesar di dunia – China, India dan Amerika Syarikat.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >