Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman penjara 12 bulan bagi warga S’pura dalam kes Wirecard

Jun 27, 2023 | 04:43 PM



Seorang warga Singapura berusia 67 tahun, yang merupakan antara mereka yang terlibat dalam kes Wirecard di Singapura, dihukum penjara 12 bulan pada Selasa (27 Jun).

Henry Yeo mengaku bersalah atas tiga tuduhan – bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, memalsukan invois dan pengubahan wang haram.

Yeo dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi tuduhan pertama, dua bulan kerana memalsukan invois dan enam bulan bagi tuduhan pengubahan wang haram, dengan hukuman bagi tuduhan terakhir berjalan serentak. Lima tuduhan lain telah dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Dia merupakan pengarah urusan Jacobson Fareast Marketing Services, yang terlibat dalam perniagaan borong tekstil dan perabot.

Pada Oktober 2018, Mohamed Riyaz – seorang rakan dari Mauritius – memberitahu Yeo tentang perjanjian perniagaan di mana kedua-duanya boleh mendapat komisen sebanyak 3 peratus.

Yeo dan perniagaannya pada masa itu berhutang dengan pelbagai bank dan dia tidak mempunyai pendapatan tetap daripada Jacobson.

Edo Kurniawan, naib presiden di Wirecard Asia, kemudian menghubungi Yeo.

Kurniawan mengaturkan agar James Aga Wardhana, yang bekerja di Wirecard Asia dan melaporkan diri kepadanya, memindahkan $41,200 daripada Wirecard Asia ke akaun bank DBS Jacobson.

Yeo kemudian mengeluarkan $40,000 daripada akaun bank Jacobson dan menyerahkannya kepada Wardhana, dengan Jacobson mengekalkan baki $1,200 sebagai komisen.

Selepas itu pada Disember 2018, sejumlah $81,870 sekali lagi dipindahkan daripada akaun bank Wirecard Asia ke akaun Jacobson, yang mana Yeo mengeluarkan $79,485, menyerahkannya kepada Wardhana, dan mengekalkan baki $2,385 sebagai komisen.

Sebelum pemindahan kedua dibuat, Yeo diminta oleh Wardhana membuat invois bagi kedua-dua pemindahan yang dibuat pada Oktober 2018 dan yang akan datang untuk menyembunyikan tujuan pemindahan.

Wardhana, bertindak atas arahan Kurniawan, memberi Yeo jumlah invois, templat invois untuk rujukan dan penerangan bagi “laporan pemasaran dan risikan”. Yeo kemudiannya menyediakan invois yang dipalsukan dan menghantarnya kepada Wardhana melalui Telegram.

Secara keseluruhan, Wirecard Asia mengalami kerugian $123,070 ekoran kesalahan yang dilakukan Yeo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >