Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hyundai perkenal kenderaan elektrik dipasang di S'pura

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS tertangguh akibat pandemik Covid-19, kilang pemasangan syarikat kenderaan Korea Selatan, Hyundai Motor, di Singapura akan mula memperkenalkan kenderaan elektrik (EV), Ioniq 5, dalam separuh pertama tahun ini.



Sebagai menandakan acara tersebut, syarikat itu akan mengadakan acara lelongan amal bagi nombor pendaftaran 100 kenderaan pertama yang dipasang di Singapura.



Kereta-kereta itu akan mempunyai nombor pendaftaran khas dengan lambang EVS, yang bermakna EV diperbuat di Singapura.



Syarikat itu berharap mengumpul $400,00 untuk amal.



Pusat Inovasi Kumpulan Hyundai Motor di Jurong - tapak pertama kilang pemasangan kenderaan di Singapura sejak lebih 40 tahun - dijangka selesai dibina pada April ini, kata ketua penjualan kumpulan inovasi Hyundai Motor, Encik Andy Kang, kepada The Straits Times (ST). Awalnya, ia dijadual siap November lalu.



Kenderaan elektronik Hyundai dipasang di S'pura guna nombor daftar khas



Encik Kang memberitahu akhbar The Straits Times (ST) semalam bahawa kilang itu pada awalnya akan mengimport cangkang kereta yang siap dicat sepenuhnya dari kilangnya yang baru dibuka di Indonesia, dengan bahagian lain dibawa masuk dari Korea Selatan.



Beliau menambah Hyundai sedang mencari sumber bahagian lain daripada pembuat komponen automotif Singapura apabila bilangan penghasilannya dipertingkat.



Kilang itu dijangka menghasilkan sehingga 30,000 kenderaan setahun menjelang 2025.



Selain Ioniq 5, model Ioniq 6 yang baru didedahkan dan Kona Electric yang baru, akan dipasang di kemudahan di Jurong itu juga.



Apabila siap sepenuhnya, kilang automatik itu akan diuruskan tidak lebih 30 orang.



Selain pelekat Made in Singapore atau "Diperbuat di Singapura" pada rangka pintunya, Ioniq 5 yang dipasang di Singapura serupa dengan jenis crossover yang diperbuat di Korea Selatan dan Indonesia.



Selain nombor pendaftaran khas, sebanyak 100 unit pertama juga akan mempunyai pelekat Merlion pada penutup but dan lambang First 100 pada bahagian depan tempat meletak kepalanya.



Hyundai akan mengadakan lelongan amal antara hari ini dengan 16 Januari bagi mengumpul dana bagi Cabaran Presiden.



Bidaan bermula daripada $1,000, dengan kenaikan minimum sebanyak $100.



Angka-angka tersebut bermula daripada EVS 1L hingga EVS 100J.



Bidaan boleh dibuat di https://str.sg/wFNx.



Encik Kang berkata 100 kereta pertama akan mempunyai harga permulaan $147,800 sebelum Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).



Dua jenis lain akan menyusul bermula dengan harga $100,000 sebelum COE.



Dua model pertama akan diletak di bawah COE Kategori B (sekitar $102,000 pada masa ini), sementara yang ketiga di bawah Kategori A ($80,000 pada masa ini).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >