Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IB beri peluang luas pemikiran, tingkat potensi dalami ehwal masyarakat

ib
Jan 11, 2021 | 05:30 AM



Baru-baru ini, pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) telah meraih keputusan yang amat memberangsangkan. Kadar kelulusan bagi keseluruhan 2,228 pelajar yang menduduki peperiksaan IBDP di sini ialah 97.73 peratus, yang melebihi kadar keputusan global 76.68 peratus. Keputusan cemerlang ini turut diraih oleh kohort pertama pelajar madrasah. BERITA HARIAN meninjau aspirasi tiga pelajar program IB itu.



SEBAGAI kohort pertama pelajar madrasah yang mengikuti Program Diploma Baccaulaureate Antarabangsa (IBDP), ia datang dengan cabaran tersendiri.



Namun, bagi pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Nadiah Fatehah Mohd Rafi, mengikuti dua kurikulum berbeza secara serentak telah membantu memberinya pendedahan selain meluaskan lagi bidang ilmunya.



"Seperti rakan-rakan saya yang lain, pengalaman saya dalam IB ini agak sukar dan mencabar kerana kami perlu mengimbangi masa antara dua kurikulum iaitu kurikulum ukhrawi dan IB.



"Namun, saya mendapati bahawa pemikiran yang kritikal dalam IB paling menarik kerana sebagai pelajar, kami dapat meluaskan cara pemikiran supaya dapat menghargai pandangan dan budaya yang berlainan.



"Selain itu, ia memberi saya peluang meluaskan cara pemikiran saya dan meningkatkan potensi saya mendalami lagi dalam hal ehwal masyarakat," katanya.



Antara cabaran yang dihadapi Cik Nadiah adalah dalam membuat kajian bagi subjek Esei Lanjutan (EE).



Ia salah satu mata pelajaran wajib IBDP, yang juga termasuk Teori Pengetahuan (TOK) dan Kreativiti, Aktiviti dan Khidmat (CAS).



Bagi tugasan EE tersebut, Cik Nadiah memilih topik kajian dunia di mana beliau meneroka isu keganasan rumah tangga terhadap wanita dan meneliti masalah ini dari perspektif dasar pemerintah serta kesan psikologinya.



Sebahagian besar kajiannya dilakukan sendiri kerana beliau tidak mengambil psikologi sebagai subjek IBDP.



"Saya mempunyai minat dalam mendalami lagi isu keganasan dalam rumah tangga di sebuah negara Islam.



"Uniknya tentang mata pelajaran EE saya ini adalah bagaimana saya dapat menyatukan dua mata pelajaran, iaitu Politik Global dan Psikologi, kerana isu ini memerlukan kajian dari aspek yang berbeza," ujarnya.



Cik Nadiah merupakan kumpulan pertama seramai 25 pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang menduduki peperiksaan IBDP tahun lalu dan berjaya meraih keputusan yang amat memberangsangkan.



Beliau meraih keputusan 33 daripada 45 mata, untuk peperiksaan tersebut.



Antara subjek yang diambilnya di peringkat tinggi ialah Bahasa Melayu dan Inggeris serta Politik Global.



Manakala untuk peringkat biasa, Cik Nadiah mengambil subjek Pembelajaran Matematik, Bahasa Arab serta Sistem Persekitaran dan Masyarakat (ESS).



Mengulas tentang keputusannya, pelajar Pra-Universiti 2 itu berkata beliau bersyukur menerima keputusan baik.



"Secara peribadi, saya tidak menjangkakan bahawa saya akan mendapat 33 mata kerana sebelum ini saya hanya mampu meraih keputusan yang biasa.



"Sewaktu saya berada di Pra-U 1, saya hanya mendapat 23 mata dan ketika peperiksaan prelim tahun lalu, saya mendapat 29 mata. Oleh itu, saya telah bersedia untuk mendapat markah bawah 30 mata untuk peperiksaan akhir IB ini.



"Alhamdulillah, selepas melihat keputusan sebenar, saya rasa amat gembira," tambah Cik Nadiah yang ingin menyambung pelajaran ukhrawi di Universiti Al-Azhar selepas ini.



Turut mengongsi kebanggaannya ialah bapa beliau, Encik Mohamed Rafi Mohamed. Beliau berkata:



"Sebagai seorang bapa saya bangga dengan pencapaian beliau ini. Daripada perkongsian rakan-rakan yang mempunyai anak-anak dalam sekolah sekular, saya tahu program IB tidak mudah.



"Namun saya yakin dengan ketekunannya, beliau mampu meraih keputusan cemerlang dan menjadi motivasi kepada pelajar madrasah lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >