Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ibu bapa boleh main peranan bangunkan bahasa Melayu anak

Maliki lancar program Kembara Nusantara MLLPC bagi galak pembelajaran bahasa Melayu melalui aktiviti di taman haiwan
Sep 28, 2022 | 06:06 PM



SELAIN guru yang mengajar pelajar di sekolah, ibu bapa mempunyai peranan penting dalam perkembangan bahasa Melayu dalam kehidupan harian anak-anak.



Perkataan-perkataan Melayu yang diperkenal oleh ibu bapa kepada anak-anak akan dapat membantu mereka lebih menghargai bukan bahasa itu sahaja, bahkan budaya dan sastera Melayu.



Ini dinyatakan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, apabila ditanya pemberita mengenai langkah proaktif yang boleh diambil ibu bapa bagi pembangunan bahasa anak-anak, semasa pelancaran program Kembara Nusantara semalam.



Program itu dianjurkan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) bagi menggalak pembelajaran bahasa Melayu melalui aktiviti menarik di Taman Haiwan Singapura.



Disokong Mandai Wildlife Group, ia disasarkan kepada kanak-kanak prasekolah dan turut membimbing guru dalam menjalankan darmawisata dan aktiviti pembelajaran menarik, yang merupakan sebahagian usaha MLLPC untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa hidup.



Dalam ucapannya semasa melancarkan program itu di Taman Haiwan Singapura semalam, Dr Maliki berkata:



"Pelibatan keluarga amat penting bagi kejayaan program ini. Melalui aktiviti bersama keluarga yang disediakan, kanak-kanak berpeluang berinteraksi dengan anggota keluarga masing-masing dalam bahasa Melayu untuk berkongsi pengalaman pembelajaran mereka.



"Selain itu, ibu bapa digalak melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak melalui aktiviti seperti membina model haiwan dan kawasan pameran. Saya pasti kanak-kanak akan terdorong menggunakan bahasa Melayu."



Seramai 80 murid dan 11 guru daripada empat prasekolah - MOE Kindergarten@Punggol Green, tadika PCF Sparkletots@Taman Jurong (Blok 150), tadika Masjid En-Naeem dan tadika Masjid Assyakirin - memeriahkan pelancaran program itu dengan menyertai aktivitinya, seperti sesi bercerita, kraf tangan dan mengenal pasti haiwan.



Naib presiden (pendidikan) Mandai Wildlife Group, Cik May Lok pula berkata program Kembara Nusantara menyediakan pengalaman pembelajaran relevan dari segi budaya kerana menampilkan haiwan di Taman Haiwan Singapura yang boleh didapati di Kepulauan Melayu (Nusantara).



"Dengan bekerjasama dengan para pendidik dan melengkapkan mereka dengan latihan dan sumber dalam bentuk kit direka khas, tumpuan kami adalah untuk memanfaatkan daya tarikan kanak-kanak terhadap haiwan dan mengajak mereka untuk mengenali cinta terhadap Bahasa Melayu dalam suasana semula jadi dengan haiwan seperti orang utan dan beruang matahari sebagai duta,'' katanya.



Tahun ini, 1,453 kanak-kanak daripada 56 pusat prasekolah berpeluang menyertai program Kembara Nusantara. Mereka menggunakan bahasa Melayu untuk meneroka ciri-ciri fizikal dan perwatakan haiwan Nusantara sambil mengenali habitat haiwan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >