Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa, institusi keluarga benteng utama elak remaja jadi radikal sendiri dalam talian

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



IBU bapa dan institusi keluarga menjadi benteng utama dalam mengekang golongan remaja daripada menjadi radikal sendiri dalam talian.



Penangkapan dua remaja di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, memperlihatkan keperluan terhadap pendekatan yang lebih menyeluruh dan mendalam dalam kalangan masyarakat untuk memastikan radikalisasi tidak menjejas ketenteraman dan kestabilan masyarakat serta negara.



Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata ini kerana radikalisasi kekal sebagai satu ancaman yang tiada penghujungnya.



Ustaz Dr Mohamed berkata demikian semasa diminta mengulas penangkapan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun, yang menjadi radikal sendiri dan ditahan di bawah ISA.



"Kita harus menganggap ancaman ini sebagai sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang remeh.



"Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada agensi pemerintah atau pemerintah semata-mata untuk meleraikan isu radikalisasi ini," ujarnya.



Menurutnya adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda anak-anak yang mula menjadi radikal.



"Ibu-bapa dan ahli keluarga perlu kenal pasti tanda-tanda anak-anak mereka menjadi radikal. Ini perlu supaya mengesan sebarang perubahan pada kelakuan anak anak dengan lebih awal.



"Mereka harus pantau aktiviti anak-anak mereka dalam talian sebab ibu bapa adalah barisan pertama menentang radikalisasi," ujar Ustaz Dr Mohamed.



Penganalisis Kanan dari sebuah firma teknologi, Cik Siti Rafidah Mahmood Angullia, berkata perkembangan terbaru ini agak membimbangkan kerana anak-anak muda mudah terpengaruh dengan radikalisasi.



"Hasil kajian mendapati merekut anak-anak muda untuk menyertai kumpulan pengganasan menerusi permainan video bukanlah satu perkara baru tetapi telah mula dikesan sejak 2016.



"Perekrut mengesan anak-anak muda yang bermain permainan video yang berada dalam kekosongan dan mereka mengisi kekosongan ini dengan menyuntik 'rasa kekitaan' atau rasa kemasyarakatan' bersama.



"Kerana itu, sebagai bu bapa, pemantauan yang berkesan perlu kita lakukan untuk memastikan anak-anak tidak terjebak dengan terrorisme,'' ujar Cik Siti Rafidah.




" Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada agensi pemerintah atau pemerintah semata-mata untuk meleraikan isu radikalisasi ini.



....Ibu-bapa dan ahli keluarga perlu kenal pasti tanda-tanda anak-anak mereka menjadi radikal. Ini perlu supaya mengesan sebarang perubahan pada kelakuan anak anak dengan lebih awal.



Mereka harus pantau aktiviti anak-anak mereka dalam talian sebab ibu bapa adalah barisan pertama menentang radikalisasi.''



- Ustaz Dr Mohamed Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >