Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA lancar gerbang dalam talian MyICA

Jun 30, 2018 | 05:30 AM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah melancarkan sebuah portal peribadi bagi pengguna.



Portal yang dinamakan MyICA membenarkan pengguna mengakses maklumat peribadi mereka serta pelbagai khidmat elektronik (e-Services) ICA dalam satu wadah yang selamat.



Versi ujian MyICA telah dilancarkan pada 30 April lalu dengan lima kidmat elektronik yang mesra warga.



Khidmat tersebut ialah permohonan bagi pasport, kad pengenalan dan kad perniagaan di luar negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).



Permintaan bagi mendapatkan sijil lahir atau kematian serta permohonan menukar alamat juga termasuk dalam lima khidmat itu.



Mulai Rabu lalu pula, tiga lagi khidmat elektronik akan dimasukkan dalam MyICA.



Ini membenarkan warga Singapura menaja Pas Lawatan Jangka Panjang dan memohon visa masuk buat saudara serta rakan mereka.



Warga juga boleh memohon Penilaian Pas Lawatan Jangka Panjang Praperkahwinan.



Lebih banyak khidmat elektronik akan ditawarkan di MyICA sebelum penghujung 2018.



Pelancaran MyICA itu selaras dengan inisiatif Negara Bijak yang ingin memanfaatkan teknologi digital.



Ini bagi menyediakan sebuah wadah yang selamat dan mudah digunakan pengguna bagi membuat transaksi bersama ICA secara digital.



Sejak dua bulan lepas, ICA menerima lebih daripada 1,000 maklum balas serta cadangan tentang versi ujian MyICA menerusi 'e-polls'.



Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan portal itu dan memujinya kerana menawarkan kemudahan yang membolehkan pengguna memanfaatkan pelbagai khidmat dengan mendaftar hanya sekali sahaja.



Sebelum ini, warga Singapura yang memohon pasport serta pertukaran keterangan pada kad pengenalan perlu mengakses dua khidmat dalam talian bagi melakukan beberapa transaksi.



ICA juga telah mempertimbangkan beberapa cadangan yang diberi warga bagi memperbaiki MyICA.



Orang ramai boleh melungsuri laman www.ica.gov.sg bagi maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >