Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA uji sistem imigresen berautomasi di Woodlands

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai yang memandu masuk ke Singapura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dari sekarang hingga Oktober mungkin akan diminta menggunakan sistem pelepasan automatik baru yang membolehkan mereka menjalani pemeriksaan imigresen tanpa perlu berinteraksi dengan pegawai.



Sebaliknya, pemandu itu perlu mengimbas pasportnya serta pasport semua penumpang dalam kereta itu, dengan kamera sistem itu akan mengenal pasti identiti mereka menggunakan biometrik wajah dan iris mata.



Versi kedua Sistem Pelepasan Penumpang Dalam Kereta Automatik (APICS) yang dibangunkan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) itu dilancarkan bagi percubaan pada 21 Jun lalu.



Prototaip pertamanya dirintiskan pada Disember 2017 dan memerlukan penumpang mengimbas cap jari mereka pada alat biometrik yang dihulurkan kepada mereka dengan lengan robotik.



Namun, ini dianggap agak rumit, dengan penumpang perlu cuba menggunakan alat itu dalam kereta mereka.



Versi baru yang sedang dirintiskan kini telah dikemas kini untuk memberi penumpang lebih kemudahan.



Sedang kenderaan dipandu masuk ke ruang pelepasan, sensor sistem itu boleh mengesan jenis keretanya dan menyesuaikan ketinggian kios layan diri secara automatik hingga mencapai tahap ketinggian yang sesuai.



Di kios itu, pemandu mengimbas pasport semua orang dalam kereta yang dipandunya dan selepas itu, mereka semua akan diarahkan untuk memandang ke arah kamera berbeza di luar kenderaan mereka.



Wajah dan iris mata mereka akan diimbas secara serentak dan disahkan sebelum mereka dibenarkan masuk ke Singapura.



Kini, percubaan itu diadakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada waktu malam hari biasa.



Orang ramai akan dipilih menggunakan sistem itu berdasarkan beberapa faktor termasuk keterbatasan sistem tersebut buat masa ini.



Ini termasuk memerlukan kereta itu mempunyai hingga empat orang maksimum, dengan usia mereka harus lebih enam tahun.



Semasa satu demonstrasi media baru-baru ini, masa yang diambil bagi sebuah kereta dengan penumpang melepasi imigresen dengan sistem itu hanya kurang lima minit.



Pengarah Pusat Pusat Kepakaran Robotik, Automasi dan Sistem Tanpa Pemandu HTX, Encik Cheng Wee Kiang, berkata mereka telah menerima maklum balas positif daripada orang ramai yang telah menggunakan sistem tersebut untuk melepasi imigresen.



Malah tambahnya, seorang pemandu meminta agar sistem itu segera dilaksana di seluruh pusat pemeriksaan kerana ia begitu berkesan.



"Apics telah mencapai banyak kemajuan sejak ia bermula pada 2017.



"Ketika itu, kami tidak mempunyai rujukan. Kami menghasilkan rekaan dan membangunkan sistem robotik ini dari mula.



"Dengan kemajuan kaedah pengesahan biometrik tanpa kontak dan pengajaran utama daripada pandemik Covid-19, kini kami telah membangunkan Apics generasi baru - sebuah sistem tanpa kontak sepenuhnya yang menawarkan proses pelepasan imigresen yang lancar bagi penumpang kereta - bagi masa akan datang," ujar Encik Cheng.



Sejak permulaan percubaan itu bulan lalu, pelbagai jenis kereta termasuk kereta lebih besar seperti Toyota Vellfire dapat melepasi imigresen menggunakan sistem tersebut.



Timbalan Pengarah 2 Divisyen Operasi ICA, Penolong Pesuruhjaya Phua Chiew Hua, turut mengalu-alukan percubaan itu yang akan membolehkan penggunaan tenaga manusia yang lebih berkesan.



"Dengan Apics, penumpang kereta di pusat pemeriksaan darat boleh menikmati pelepasan imigresen yang lebih lancar dan selamat.



"Apics juga akan membolehkan ICA mengerahkan semula pegawainya untuk menjalankan tugas yang bernilai lebih tinggi seperti pemprofilan dan penilaian risiko di sempadan darat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >