Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Identiti lelaki hisap vape, rokok di kereta kabel Sentosa dikenal pasti

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah mengenal pasti dua lelaki yang dirakam sedang menggunakan rokok elektronik, atau vape, dan merokok di sebuah kereta kabel Sentosa.



Dalam kenyataannya pada Jumaat, HSA berkata ia menerima panggilan berkenaan satu video yang disiarkan di TikTok pada 19 Mac yang menunjukkan seorang lelaki menghisap rokok elektronik sementara temannya yang sedang merakam perbuatannya sedang merokok.



Beberapa laporan media menggambarkan lelaki berkenaan sebagai remaja.



"Pada 21 Mac, HSA melakukan pemeriksaan di rumah lelaki yang dirakam sedang menghisap vape dan lelaki yang merakam video itu.



"Kedua-dua individu itu berusia 24 tahun," kata HSA.



Sejumlah 11 rokok elektronik dan 16 komponen berkaitan alat itu ditemui di rumah mereka.



Dua lelaki itu sedang membantu HSA dalam siasatan lanjut, kata penguasa itu.



"HSA memandang serius pemilikan dan penggunaan vaporiser elektronik yang dilarang dan peralatan berkaitan dengannya dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang individu yang melanggar undang-undang," kata HSA.



"Dua lelaki tersebut melanggar peraturan dengan jelas dengan menggunakan vaporiser elektronik dan menunjuk-tunjukkan perbuatan terlarang mereka itu di sebuah video TikTok."



Pembelian, pemilikan dan penggunaan rokok elektronik dilarang di Singapura di bawah Akta (kawalan Periklanan dan Penjualan) Tembakau.



Ini termasuk pembelian yang dilakukan menerusi Internet atau dari luar negara.



Pesalah boleh didenda hingga $2,000.



Perbuatan import, pengagihan, pemilikan bagi tujuan menjual, penjualan atau tawaran untuk menjual produk berkenaan juga dilarang dan mereka yang didapati bersalah melakukan demikian buat pertama kali boleh didenda hingga $10,000 atau dijel sehingga enam bulan atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Kesalahan berulang boleh dikenakan denda hingga $20,000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >