Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Identiti pemandu, penumpang BMW dalam nahas Tanjong Pagar dikenal pasti

Feb 13, 2021 | 06:10 PM



KETERANGAN mengenai identiti tiga daripada lima lelaki yang meninggal dunia dalam kemalangan di Tanjong Pagar pada pagi Sabtu (13 Februari) sudah dikenal pasti, lapor akhbar The Straits Times.



Sedang pesanan berupa kejutan dan ucapan takziah membanjiri media sosial menyusuli laporan mengenai tragedi Tahun Baru Cina itu, dilaporkan pemandu kereta BMW yang merempuh sebuah rumah kedai kosong sebelum terbakar sekitar 5.40 pagi dipercayai adalah Encik Jonathan Long, 29 tahun.



Dua penumpang dalam keretanya dikenal pasti sebagai Encik Gary Wong Hong Chieh, 29 tahun dan Encik Eugene Yap, juga 29 tahun. Encik Wong dan Encik Long adalah teman yang sudah lama mengenali, jelas beberapa lampiran pos media sosial.



Menurut The Straits Times, dua lagi penumpang yang maut dalam kejadian itu adalah Encik Elvin Tan Yong Hao, 28 tahun, dan Encik Teo Qi Xiang, 26 tahun.



Seorang wanita 26 tahun yang dipercayai dikenali Encik Long dikatakan cuba membantunya dan penumpang lain selepas kemalangan itu. Beliau bagaimanapun mengalami kelecuran pada tubuhnya dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).



Menurut laporan media sebelum ini, Encik Yap adalah pengasas bersama rangkaian minuman bubble tea, Bober Tea.



Menurut profil Instagramnya, beliau adalah pengurus perancangan harta Aviva Financial Advisers. Menurut pos media sosial juga, beliau dan Encik Long mengunjungi Amerika Syarikat pada Februari tahun lalu.



Dalam beberapa pos juga kelihatan dirinya bergambar dengan kereta sport dan kereta mewah.



Menurut satu laporan ChannelNewsAsia pada Ogos tahun lalu, Encik Yap membuka kedai Bober Tea pertamanya pada Jun 2018 bersama dua pengasas lain, Encik Joseph Oh dan Encik Gabriel Kok.



Sejak itu, label tempatan ini sudah diperluaskan kepada lapan cawangan dengan francais juga dibuka di Manila, Filipina dan California, Amerika Syarikat.



Sementara itu, Encik Wong pula dikatakan adalah siswa teknologi maklumat daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sebelum membina kerjaya dalam khidmat kewangan.



Beliau juga sukarelawan dalam pandemik Covid-19 tahun lalu. Dalam satu pos media sosial sekitar Mei tahun lalu, Encik Wong menyatakan, beliau dan Encik Long membeli ribuan pelitup muka untuk diedarkan kepada keluarga memerlukan.



Seorang pengguna Facebook yang mempunyai kaitan keluarga dengan Encik Wong menulis:



"Gary meninggal dunia pagi ini. Hatinya baik...dia ambil berat tentang keluarganya dan suka membantu golongan memerlukan. Tapi pagi ini, Tuhan mengambilnya daripada kami."



Encik Long pula adalah pengurus khidmat kewangan kanan di Aviva Financial Advisers, mengikut profil media sosialnya.



Dalam beberapa foto, Encik Long, yang merupakan lulusan Universiti RMIT di kampus SIM Global Education dengan ijazah ekonomi dan kewangan, kelihatan bergambar dengan beberapa kereta sport termasuk BMW berwarna biru. - The Straits Times



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >