Penyedia jagaan kesihatan privet, IHH Healthcare Singapore akan memohon untuk memanfaatkan bekalan vaksin Sinovac Covid-19 di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) dan menawarkannya di beberapa klinik dan hospital setempat.
Semalam, MOH berkata institusi jagaan kesihatan privet boleh memohon menjadi penyedia berlesen vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah Laluan Akses Khas dan memanfaatkan bekalan 200,000 dos yang dihantar ke Singapura awal tahun ini.
Dalam responsnya kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, Dr Noel Yeo, ketua pegawai operasi kumpulan itu berkata bahawa IHH Healthcare Singapore bermatlamat untuk menawarkan vaksin itu di klinik-klinik Parkway Shenton dan hospital terpilih.
Kumpulan itu adalah penyedia jagaan kesihatan terbesar di negara ini dan mengendalikan hospital Mt Elizabeth, Mt Elizabeth Novena, Gleneagles dan Parkway East serta rangkaian lebih 40 klinik jagaan asas dan cawangan khidmat sokongan.