Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikut jejak datuk, bapa jadi polis

ASP Haisroniezam Ab Rasid imbas pengalaman lebih dua dekad dalam kerjaya
Jun 05, 2022 | 05:30 AM



MINAT Penolong Superintendan (ASP) Haisroniezam Ab Rasid menjadi anggota polis bermula sejak kecil lagi.



Apakan tidak, dia membesar dalam 'keluarga polis' di kuartes polis dahulu di Pearl's Hill.



ASP Haisroniezam, 46 tahun, merupakan anggota polis generasi ketiga dalam keluarganya.



Diam tak diam, ASP Haisroniezam telah berkhidmat lebih dua dekad dalam pasukan seragam biru itu dan sepanjang kerjayanya, memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai jurulatih di Pusat Arahan Latihan (TraCom).



Kini, ASP Haisroniezam berkhidmat sebagai Ketua Kumpulan di Divisyen Polis Lapangan Terbang (APD).



"Pasukan Polis Singapura (SPF) banyak berjasa pada kehidupan saya sekeluarga.



"Bukan saya sahaja, bahkan daripada arwah datuk saya sehinggalah kepada arwah bapa saya. Kami semua membesar dengan Polis Singapura, dah macam darah daging dalam kehidupan kami," katanya semasa ditemui Berita Minggu baru-baru ini.



Menurutnya, arwah datuknya adalah yang pertama dalam keluarga menganggotai pasukan polis, diikuti arwah bapanya, Allahyarham Ab Rasid, dan kini, dirinya.



Menurut ASP Haisroniezam, minatnya bermula apabila mendengar, melihat dan memerhatikan cara arwah bapanya, serta teman dan jiran mereka berinteraksi dan saling mengambil berat antara satu sama lain, ibarat sebuah keluarga besar di kuarters Pearl's Hill.



Namun begitu, jalan bagi ASP Haisroniezam untuk mencapai cita-citanya tidak mudah meskipun bapa dan datuknya punya rekod perkhidmatan dalam Pasukan Polis Singapura.



Dia gagal sebanyak tujuh kali dalam usahanya memohon jawatan dalam pasukan itu sebelum akhirnya diterima pada 1997.



ASP Haisroniezam telah menjalani latihan dan menghadiri kelas undang-undang di Sekolah Latihan Polis di akademi polis yang dahulunya di Thomson Road dan berjaya menamatkan latihan dan menjadi anggota polis pada 1997.



Kelompok pegawai polis yang masuk ke akademi pada tahun tersebut juga merupakan yang terakhir menjalani latihan dalam kem bersama dengan para pegawai dari unit Gurkha.



Kelmarin, ASP Haisroniezam menyertai Perbarisan Hari Polis 2022 yang diadakan buat kali pertama selepas ditiadakan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.



Perbarisan itu, yang dihadiri Presiden Halimah Yacob, juga dihadiri lebih 2,000 pegawai polis yang memakai pingat baru yang dirasmikan buat kali pertama sempena sambutan 200 Tahun Polis Singapura - Pingat Dwiabad Pasukan Polis Singapura 2020.



ASP Haisroniezam yang memakai pingat tersebut, mengenang kembali saat-saat dan memori kehidupannya bersama SPF.



Dari waktu kecilnya membesar di Pearl's Hill hingga ke pusat latihan dan stesen polis di mana dia telah berkhidmat, dia seolah hidup, tidur dan makan bersama-sama Polis Singapura.



"Saya kalau tidak menjadi seorang anggota polis, saya tak tahu apa yang akan atau boleh saya lakukan," kongsi ASP Haisroniezam sambil tertawa.



"Saya memulakan kerjaya sebagai anggota polis dengan sijil pendidikan hanya di peringkat GCE 'O 'dan kemudian saya ditawarkan untuk menyambung belajar, sehinggalah kini saya memegang dua sijil diploma - satu sijil Diploma Lanjutan dalam Kepolisan dan kini, di usia 46 tahun, saya memegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kepolisan Antarabangsa.



"Semua sijil yang saya peroleh ini merupakan tajaan daripada pihak SPF yang percaya akan bakat dan kebolehan saya sebagai seorang anggota polis," tambah bapa kepada dua anak itu.




"Pasukan Polis Singapura (SPF) banyak berjasa pada kehidupan saya sekeluarga. Bukan saya sahaja, bahkan daripada arwah datuk saya sehinggalah kepada arwah bapa saya. Kami semua membesar dengan Polis Singapura, dah macam darah daging dalam kehidupan kami."
- Penolong Superintendan Polis (ASP) Haisroniezam Ab Rasid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >