Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

India, Asean jalani latihan tentera maritim bersama

May 03, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 1,800 kakitangan, sembilan kapal termasuk kapal kelas frigat Formidable Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) RSS Supreme, dan enam pesawat dari negara anggota Asean dan India mengambil bahagian dalam Latihan Maritim Asean-India (Aime) selama tujuh hari bermula Selasa.



Kementerian Pertahanan (Mindef) menyatakan pada Selasa bahawa latihan itu, yang dihos RSN dan Tentera Laut India, merangkumi fasa pantai di Pangkalan Tentera Laut RSS Singapura-Changi dan fasa laut yang diadakan di perairan antarabangsa di sepanjang laluan transit ke Filipina.



Kumpulan kapal itu kemudiannya akan mengambil bahagian dalam Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Asean yang dihos Filipina.



Fasa pantai Aime akan menyaksikan anggota tentera laut mengambil bahagian dalam lawatan, menaiki kapal, mencari dan merampas, serta bantuan kemanusiaan dan operasi bantuan bencana.



RSS Supreme dan kapal lain yang mengambil bahagian akan, semasa latihan fasa laut, menjalankan pelbagai latihan seperti pendaratan rentas dek helikopter, keselamatan maritim, perhubungan dan latihan pergerakan.



Sebagai sebahagian latihan keselamatan maritim, kapal yang mengambil bahagian akan menjejaki pergerakan kapal yang disimulasikan, menggunakan amaran daripada Pegawai Perhubungan Antarabangsa Asean yang ditempatkan di Pusat Gabungan Maklumat (IFC) RSN.



Ini akan dipermudahkan oleh Sistem Perkongsian Maklumat Masa Nyata IFC, satu reka bentuk sistem berasaskan Web untuk kerjasama keselamatan maritim yang pantas.



Kod buat Pertembungan Tidak Terancang di Laut akan diamalkan semasa latihan.



Ia adalah langkah membina keyakinan untuk menggalak kepercayaan dan mengurangkan kemungkinan kemalangan dan salah perhitungan dalam bidang maritim.



"Latihan ini membolehkan tentera laut negara anggota Asean dan India mengukuhkan kerjasama, meningkatkan persefahaman, dan membina keyakinan untuk menangani cabaran bersama keselamatan maritim di laut," ujar Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >