Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN PENILAIAN ANCAMAN PENGGANASAN

Individu perseorangan terpengaruh sendiri, tumpuan ancaman

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



ANCAMAN pengganasan di Singapura lebih tertumpu pada orang perseorangan yang terpengaruh dengan sendirinya dengan bahan pengganasan melampau yang didapatkan di Internet.



Sejak 2015, seramai 54 individu telah ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi tindakan berkaitan terorisme.



Sebahagian besar, atau 44 daripada mereka adalah individu yang menjadi radikal dengan sendirinya, merangkumi 32 rakyat Singapura dan 12 warga asing - tiga Indonesia dan sembilan Bangladesh.



Menurut ISA, trend radikalisasi perseorangan berterusan sejak dua tahun lalu.



Daripada 16 individu yang dikenakan perintah berkaitan pengganasan di bawah ISA antara Januari 2019 dengan sekarang, 14 daripada mereka yang terpengaruh dengan sendirinya, merangkumi:



  • 10 warga Singapura - lapan dikenakan Perintah Tahanan (OD) manakala dua pula dikenakan Perintah Sekatan (RO); dan

  • Empat warga asing (semua dikenakan OD - merangkumi tiga warga Indonesia dan satu warga Bangladesh yang ketika itu bekerja di sini semasa diberkas di bawah ISA

Daripada 14 individu yang menjadi radikal ini dan ditangani sejak 2019 kata ISD, 12 merupakan penyokong Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) atau didorong oleh konflik di Syria.



"Kebanyakan mereka kekal memberi sokongan padu kepada ISIS walaupun kumpulan itu kehilangan wilayah dan akhirnya tentera mereka tewas.



"Ia jelas membuktikan bahawa kekalahan wilayah yang ditanggung kumpulan itu dan kehilangan kepimpinan tidak menjejas pun tarikannya ke atas mereka yang telah terpengaruh dengan radikalisasi ganas, dan naratif akhir zaman," menurut jabatan keselamatan itu.



Dua yang lain, daripada sejumlah 16 orang itu, terdiri daripada warga Singapura, Sheik Heikel Khalid Bafana dan Rasidah Mazlan.



Sheik Heikel yang dikenakan OD pada Mac 2019 dikatakan terlibat aktif dalam perang saudara di Yaman dan juga bekerja untuk sebuah kuasa asing sebagai agen berbayar semasa di Yaman.



Rasidah dikenakan RO pada Mac 2019 yang didapati membuat hubungan dengan beberapa entiti asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan terorisme.



Menurut ISD, sejak lewat 2013, sekurang-kurangnya empat warga Singapura yang menjadi radikal telah ke Syria/Iraq dan dipercayai telah menyertai konflik bersenjata di sana.



Dua rakyat Singapura - Haja Fakkurudeen Usman Ali dan Maimunah Abdul Kadir - telah ke negara tersebut dengan keluarga mereka.



Tidak ada tanda mereka berhasrat untuk pulang ke Singapura.



Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, individu ketiga, Megat Shahdan Abdul Samad, dipercayai telah terbunuh.



Warga Singapura keempat, Fauziah Begum Khamal Bacha, yang menetap di Melbourne, Australia, telah pergi ke Syria dengan suami kelahiran Bosnia, Yasin Rizvic, bersama empat anak mereka, pada 2014.



Fauziah, suami dan anak sulungnya dipercayai telah meninggal dunia di wilayah yang dikuasai ISIS di Syria pada awal 2019.



Dalam pada itu, sejak 2016, dua rakyat Singapura dan sembilan warga asing telah dikenakan tuduhan atas kesalahan penyaluran dana bagi tujuan pengganasan di bawah Akta Pengganasan (Sekatan Pembiayaan) (TSOFA).



Pada 2016, enam warga Bangladesh menjadi kumpulan pertama dituduh di bawah TSOFA.



Ia diikuti dengan warga Singapura, Ahmed Hussein Abdul Kadir Sheik Uduman dan Imran Kassim, yang disabitkan dengan kesalahan pada Oktober 2019 dan Januari 2020.



Tiga warga Indonesia yang diberkas merupakan pembantu rumah yang disabitkan dengan kesalahan antara Februari dengan Mac 2020.



Kesemua mereka telah mengumpul atau menyediakan wang untuk entiti asing bagi menyokong tujuan berkaitan terorisme.



Menurut ISD, TSOFA menyabitkan kesalahan bagi tindakan menyediakan wang sebagai sokongan untuk tujuan pengganasan, tanpa mengira jumlah yang terlibat.



"Singapura mengambil tindakan tegas ke atas kegiatan berkaitan pendanaan pengganasan, termasuk yang berkaitan penjanaan dana, pengaliran dana dan penggunaan dana, sama ada di peringkat setempat atau luar negara.



"Sebagai anggota aktif Pasukan Bertindak bagi Tindakan Kewangan (FATF), yang mendepani usaha pembangunan dan pelaksanaan langkah pendanaan terrorisme, Singapura menuruti sepenuhnya piawaian FATF, dan tatacara yang dibangunkan bagi memerangi pendanaan untuk pengganas, sejajar dengan piawaian yang ada," kata ISD.



Infografik:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >