Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEPINTAS INFO

Individu positif Covid-19 dan asimptomatik digesa asingkan diri sekurangnya 72 jam

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



INDIVIDU asimptomatik yang diuji positif bagi Covid-19 menggunakan ujian pantas antigen (ART) kendiri akan digesa untuk mengasingkan diri di rumah selama 72 jam.



Sekiranya mereka rasa tidak sihat semasa tempoh pengasingan, mereka harus secepat mungkin berjumpa doktor keluarga (GP).



Pengarah khidmat perubatan Singapura Profesor Madya Kenneth Mak menjelaskan rejim baru bagi mengasingkan diri itu dalam satu taklimat secara maya pada Jumaat lalu.



"Apa yang kami ingin lakukan menerusi rejim pengasingan diri baru yang diubah suai ini adalah untuk memberi anda kuasa untuk menguruskan kesihatan anda sendiri... terutamanya jika anda asimptomatik, untuk membolehkan anda meneruskan sebilangan besar aktiviti anda dalam masyarakat dengan selamat yang mungkin," kata Prof Mak.



Beliau mengatakan bahawa langkah ini juga akan membantu melindungi kontak isi rumah individu, rakan sekerja dan masyarakat daripada risiko jangkitan.



Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya seseorang itu diuji positif menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 dan asimptomatik.



1. HENTI PERGI KE KERJA DAN BATALKAN KEGIATAN SOSIAL



Individu harus mengasingkan diri supaya dapat melindungi orang lain daripada dijangkiti virus Covid-19, kata Prof Mak.



Mengamalkan tanggungjawab sosial adalah perkara yang terbaik perlu seseorang lakukan.



2. JANGAN BERGEGAS KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL



Prof Mak berkata individu asimptomatik yang diuji positif menggunakan kit ART tidak perlu dikejarkan ke jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) hospital untuk diuji bagi Covid-19.



"Sebenarnya, jika dikejarkan ke A&E hospital, anda mungkin secara tidak sengaja mendedahkan diri anda kepada lebih banyak risiko kerana mungkin ada orang lain yang dijangkiti hadir di hospital," tambahnya.



Individu yang bimbang mengenai keputusan ujian ART mereka sebaliknya boleh ke klinik Uji Swab dan Hantar Ke Rumah (Sash) yang berdekatan untuk mendapatkan doktor untuk memeriksa keadaan mereka.



3. DUDUK RUMAH SEKURANG-KURANGNYA 72 JAM JIKA BOLEH DAN KEMUDIAN AMBIL UJIAN ART



Individu yang diuji positif selepas mengambil ujian ART dan boleh mengasingkan diri digalak untuk duduk di rumah selama sekurang-kurangnya 72 jam, kata Prof Mak.



Ini akan membolehkan individu tersebut untuk pulih dengan selamat, memantau kesihatan sendiri dan tidak merebak virus kepada orang lain semasa tempoh itu.



Prof Mak berkata selepas tamat tempoh 72 jam mengasingkan diri, individu digalak untuk melakukan satu lagi ujian ART.



"Sekiranya ujian ART kedua anda kini negatif, anda kemudian boleh rasa lega mengetahui anda telah pulih daripada jangkitan," tambahnya. "Anda boleh secara bertahap menyambung semula aktiviti biasa anda seperti kembali ke kerja, kembali melakukan kegiatan sosial."



4. JUMPA GP SEKIRANYA TIDAK SIHAT SEMASA PENGASINGAN



Sekiranya individu rasa tidak sihat semasa tempoh pengasingan, beliau harus berjumpa GP secepat mungkin untuk diperiksa.



Doktor akan memutuskan jika ujian swab Covid-19 diperlukan untuk menentukan sama ada terdapat jangkitan, dan akan juga menasihati individu mengenai langkah seterusnya.



Infografik:



 





Imbas kod QR untuk tonton video tentang cara-cara melakukan ujian swab kendiri ART di BeritaHarian.sg






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >