Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Indranee jelaskan kunci bahas baik di Parlimen

May 09, 2023 | 05:30 AM



KUNCI bagi perbahasan lebih baik di Parlimen terletak pada memahami isu utama, mengakui kekangan dan realiti asas, dan mengambil bukan keputusan mudah sahaja, bahkan sukar.



Demikian dinyatakan Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, semasa menjawab usul penangguhan yang difailkan oleh Anggota Parlimen (AP) Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, di Parlimen pada Isnin.



Encik Leong, ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP), mengemukakan empat usul, iaitu menyediakan sumber tambahan untuk AP, NCMP dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP); menyediakan ucapan menteri terlebih dahulu dan peluang untuk pembangkang membangkitkan perkara; lebih banyak fleksibiliti dalam penetapan masa; dan jawatan pengerusi jawatankuasa pilihan tertentu.



Cik Indranee berkata isu sumber untuk anggota adalah sesuatu yang disemak dari semasa ke semasa.



Beliau berkata adalah munasabah untuk membezakan sokongan yang diberi kepada AP yang dipilih dan NCMP kerana NCMP mempunyai beban kerja sedikit berbanding AP dan mereka juga tidak bertanggungjawab ke atas kawasan undi tertentu atau perlu menangani kes penduduk.



Berhubung elaun yang diberi kepada AP, sama ada elaun umum atau untuk mendapatkan pembantu perundangan dan pembantu setiausaha, ia sama bagi AP pembangkang yang dipilih dan AP PAP yang dipilih, kata Cik Indranee.



Mengenai usul Encik Leong berkenaan penubuhan sebuah jabatan penyelidikan bagi menyokong semua AP bernilai $1 juta sebagai permulaan, Cik Indranee berkata AP lain tidak meminta sedemikian walaupun mereka juga tidak datang daripada latar belakang dasar awam atau perundangan seperti Encik Leong.



Mengenai penetapan masa, Cik Indranee berkata masa Parlimen terhad dan soalan dan perbahasan tidak boleh berterusan tanpa henti. Meletak had masa memastikan soalan kekal fokus, katanya.



Mengenai saranan Encik Leong agar Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) dan Jawatankuasa Petisyen Awam (PPC) dipengerusikan seorang AP pembangkang bagi memastikan mereka bebas, tidak berat sebelah, objektif dan tidak berpihak kepada parti, Cik Indranee berkata huraian baik ialah yang telah dilaksanadi bawah peraturan.



"Peraturan memberi peluang lebih daripada mencukupi kepada AP, pembangkang atau sebaliknya, untuk mempertanggungjawabkan pemerintah, menimbulkan pertanyaan dan membahaskan perkara.



"Isu sebenar ialah bagaimana melakukan ini dengan berkesan. Jawapannya bukan pada perubahan peraturan, sebaliknya bagi AP membangunkan kemahiran mendengar, menggunakan peraturan sedia ada dengan lebih berkesan untuk memberi sumbangan kepada perbahasan dan menunjukkan bahawa mereka layak mendapat kepercayaan yang diberikan oleh pengundi kepada mereka," kata Cik Indranee, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pembangunan Negara merangkap Kewangan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >