Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi: Golongan pendapatan terbawah hadapi kenaikan terendah

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



GOLONGAN pendapatan terbawah di Singapura menyaksikan kenaikan terendah dalam harga pengguna tahun lalu berbanding kumpulan pendapatan pertengahan dan teratas, menurut data Jabatan Statistik (SingStat) yang dikeluarkan semalam.



Indeks Harga Pengguna (CPI) semua barangan - yang mengukur purata perubahan harga bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan yang biasa dibeli isi rumah - bagi kumpulan pendapatan isi rumah 20 peratus terbawah naik 5 peratus tahun lalu.



Ini berbanding 5.8 peratus bagi kumpulan pendapatan pertengahan dan 6.8 peratus bagi kumpulan berpendapatan 20 peratus teratas.



Secara umum, harga pengguna bagi semua isi rumah di Singapura meningkat 6.1 peratus tahun lalu, lebih tinggi berbanding kenaikan 2.3 peratus pada 2021.



Peningkatan bagi ketiga-tiga kumpulan itu sebahagian besarnya disebabkan kenaikan kos kereta, makanan, penginapan, petrol, elektrik, perbelanjaan percutian dan perkhidmatan pengangkutan.



Sebaliknya, penyumbang negatif terbesar ialah perkhidmatan telekomunikasi.



Sementara itu, inflasi teras secara purata meningkat 4.1 peratus tahun lalu, lebih tinggi dari 0.9 peratus pada 2021, menurut kenyataan berasingan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Bulan lalu, inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan swasta, mencecah 5.1 peratus - serupa pada bulan sebelumnya.



Inflasi secara keseluruhan mencecah purata 6.1 peratus tahun lalu.



Meskipun kumpulan pendapatan 20 peratus terbawah menyaksikan kenaikan kadar inflasi paling rendah jika dibandingkan dengan kumpulan pendapatan lain, golongan itu mungkin mengalami kesan ketara, terutamanya dalam harga makanan.



Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata kesan terbesar mungkin dilihat dalam harga makanan kerana inflasi teras kekal tinggi pada Disember. Ini sedang kenaikan dalam inflasi perkhidmatan dan makanan mengimbangi pengurangan dalam harga runcit dan elektrik serta gas.



Inflasi makanan pada Disember lalu meningkat kepada 7.5 peratus, naik daripada 7.3 peratus pada November, sebahagian besarnya disebabkan harga makanan mentah yang lebih tinggi.



Ini seperti harga roti dan bijirin yang meningkat kepada 7.2 peratus bulan lalu daripada 6.2 peratus pada November dan harga sayur-sayuran yang naik kepada 3.7 peratus daripada 2.7 peratus dalam tempoh yang sama.



Encik Saktiandi berkata satu cara untuk mengehadkan kenaikan kos makanan, terutamanya dengan risiko daripada pembukaan semula China, adalah dengan memastikan dolar Singapura kekal kukuh untuk mengimbangi inflasi yang diimport.



"Usaha untuk membantu mengurangkan perbelanjaan makanan bagi keluarga berpendapatan rendah melalui sokongan lanjut oleh pemerintah akan membantu kumpulan itu.



"Namun, kita perlu bekerjasama dengan syarikat korporat dan peniaga untuk melihat bagaimana kita boleh membantu golongan yang lebih mudah terjejas dalam cara yang khusus selain hanya bergantung pada pemerintah. Ini kerana pemerintah sudah pun menyediakan bantuan melalui baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan bantuan lain sepanjang tahun yang lalu," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >