Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin jadi contoh kepada anak dengan rangkul ijazah di penjara

Sokongan masyarakat yang menyeluruh diperlukan untuk membantu bekas banduan pulang ke pangkuan masyarakat. Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (Care Network) yang ditubuhkan sejak 21 tahun lalu terus mencari peluang baru mempertingkat dan memperluas lagi usaha masyarakat bagi jagaan bekas banduan sesudah penjara. BERITA HARIAN diberi peluang mewawancara beberapa penerima bantuan seperti itu.
Jul 14, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 30 tahun keluar masuk penjara atas kesalahan berkait penyalahgunaan dadah, Haizat (bukan nama sebenar) seorang banduan berusia 46 tahun akhirnya memutuskan untuk berubah baru-baru ini.



Selepas memutuskan untuk sambung pelajarannya, bapa dua anak itu yang masih ada sekitar empat tahun di penjara, bertekad ingin menjadi contoh kepada dua anaknya.



Beliau meraih kelulusan tertinggi dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada 2018 dan kemudian mencapai markah GPA sempurna 4.0 mata bagi diplomanya, menerusi program sekolah di penjara.



Bahkan, tidak lama nanti, Haizat akan melanjutkan pengajian ijazah dalam bidang perniagaan dan logistik semasa di dalam penjara sebagai penerima dermasiswa STAR yang merupakan kerjasama antara Dana Reben Kuning (YRF) dan Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA).



Haizat yang telah keluar-masuk penjara sebanyak tujuh kali ekoran penyalahgunaan dadah sejak 1996, dan telah gagal dalam peperiksaan GCE peringkat 'O'-nya 28 tahun lalu, kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun sejak 2016 atas kesalahan berkaitan pemiutang wang haram.



Ketika diwawancara Berita Harian (BH) menerusi pautan video di Penjara Singapura kelmarin, anak sulung keluarga tiga beradik itu berkata dengan ringkas:



"Terus terang saya tak larat lagi nak beri nasihat kepada anak-anak untuk belajar dengan baik sedangkan saya pula tak dapat membuktikan kepada mereka apa-apa.



"Bila saya keluar ni, usia saya dah cecah setengah abad. Jadi kali ini dengan peluang pelajaran yang telah diberikan kepada saya, saya berharap ia akan membolehkan saya berubah untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus dan beri tumpuan kepada anak-anak saya.



"Ini juga untuk saya membuktikan kepada mereka, peri pentingnya pendidikan," katanya lagi.



Haizat merupakan antara 11 pelajar banduan yang menerima dermasiswa YRF-SFCCA STAR yang dimulakan sejak Februari lalu.



Dermasiswa itu membiayai sepenuhnya pendidikan ijazah dalam bidang Sains Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) semasa di dalam penjara dan boleh dilanjutkan hingga sesudah penjara.



YRF dan SFCCA merupakan antara rakan kerjasama di bawah Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (Care Network).



Haizat benar-benar menganggap peluang itu sebagai peluang baginya kembali ke pangkuan masyarakat.



Ini kerana sebelum hukumannya ini, Haizat berkata memang sukar untuknya mendapatkan pekerjaan kerana sokongan dari pihak majikan, keluarga dan masyarakat amat berkurangan bagi bekas banduan sepertinya.



"Bila saya keluar, nak dapat kerja susah, nak dapat sokongan dari orang terdekat pun kurang. Jadi balik-balik kita jumpa dengan kawan lama kerana mereka lebih memahami dan dengan itu pun tabiat buruk kami pun terikut jugalah," katanya.



Beliau berkata dengan adanya lagi empat tahun di penjara beliau akan mengambil masa itu untuk menyelesaikan ijazahnya dan mendapatkan pekerjaan dalam sektor logistik selepas keluar dari penjara.



Beliau percaya ia akan dapat membiayai kos kehidupannya dan juga anak-anaknya yang sedang berada di peringkat menengah satu dan dua dan sedang dijaga oleh bekas isterinya.



Menyusuli kerjasama seperti dermasiswa berkenaan, pengerusi Reben Kuning Singapura dan pengerusi bersama Care Network Encik Chng Hwee Hong, ibaratkan usaha menyokong banduan integrasi semula ke masyarakat seperti "memerlukan seluruh kampung untuk bangunkan seorang anak."



"Kami juga boleh membina sebuah sekitaran yang selesa dan saling membantu yang menggalakkan bekas banduan rasa bertanggungjawab atas usaha integrasi semula mereka dan menjadi inspirasi kepada yang lain semasa dalam perjalanan itu."



Encik Chng juga berkata, inisiatif seperti dermasiswa itu, termasuk program lain yang mengutamakan pendidikan, mempertingkat kemahiran dan melibatkan masyarakat serta pihak majikan bagi menyokong bekas banduan adalah penting kerana, "dengan adanya pekerjaan sesudah keluar dari penjara, keperluan asas mereka dapat dipenuhi."



"Dengan itu, mereka sekurang-kurangnya dapat elakkan diri daripada rasa tertekan atau lebih teruk lagi, pulang lakukan jenayah.



"Dengan menyibukkan diri pada urusan kerja dan mencari nafkah, ia akan memberi mereka matlamat baru dalam kehidupan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >