Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PODCAST #NOTAPIS

Ingin tahu kalau program sokongan M3 baik untuk anda? Tanyalah jiran

Faishal mahu seberapa banyak keluarga manfaatkan sokongan yang disediakan, dengan jiran sebagai saluran maklumat tidak formal
Mar 28, 2022 | 05:30 AM



BETULKAH ada sesetengah keluarga sukar untuk diyakinkan agar menyertai program-program sokongan meskipun mereka amat memerlukan sokongan tersebut?



"Ya," jawab Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Justeru, menurut beliau, cabaran utama ialah untuk meyakinkan golongan itu untuk mengambil langkah pertama tersebut - untuk mendaftarkan diri atau anak-anak bagi program-program yang ditawarkan badan-badan di bawah struktur M Kuasa Tiga (M3).



Memberi contoh program KelasMateMatika (KMM), Dr Faishal berkata:



"Pada awalnya, memang ada yang tidak begitu terbuka sebab mereka rasakan ia tidak memanfaatkan dan bukan sesuatu yang mereka perlukan.



"Tapi apabila mereka melihat perubahan pada diri anak-anak, dan ada kemajuan, pendirian mereka berubah."



Dalam sesi podcast #NoTapis terbitan akhbar ini, Dr Faishal menekankan, dalam keadaan sedemikian, jiran-jiran contohnya memainkan peranan penting.



Justeru, saluran menyebarkan maklumat dan sistem sokongan sedemikian - yang tidak formal - akan terus diluaskan M3.



"Permulaan yang baik terutama menerusi pendidikan amat penting bagi anak-anak kita, justeru kita mahu memberikan sokongan kepada keluarga yang berisiko atau mereka yang memerlukan.



"Tahun demi tahun, kita dapat lihat lebih ramai yang mula tampil dan memanfaatkan wadah yang kami sediakan," kata beliau.



KMM yang memulakan program rintisnya pada 2018, disasarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah berusia antara empat dengan enam tahun.



Bengkel dan aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memperkasa ibu bapa dengan kemahiran Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) agar mereka lebih yakin dalam mengajar anak-anak mengenai konsep celik angka asas.



Ibu bapa juga dibimbing pelatih dan pemudah acara yang layak, tentang bagaimana untuk mengaplikasikan teknik MLE dalam pembelajaran anak-anak mereka.



KMM@CC merupakan program di bawah Bidang Tumpuan pertama oleh M Kuasa Tiga (M3).



MANFAAT KMM



Menurut Dr Faishal, lebih 80 peratus daripada kanak-kanak yang telah berjaya mengikuti KMM@CC dari 2018 hingga 2020 tidak perlu disertakan dalam Program Sokongan Pembelajaran (LSP) bagi Matematik dan didapati bersedia mempelajari subjek matematik peringkat darjah satu.



"Program ini mengajar teknik mendekati anak, berinteraksi dengan anak, selain memberi mereka sokongan dalam pembelajaran.



"Tanpa teknik dan juga kemahiran, ibu bapa ini mungkin berasa kehilangan, nak tolong anak mereka tetapi tidak tahu bagaimana.



"Jadi dengan KMM ini, ia memberi mereka ruang untuk menyokong proses pembelajaran anak-anak mereka," kata Dr Faishal.



TUJUAN PROJEK DIAN



Di samping itu, Dr Faishal turut mengongsi pandangannya tentang bagaimana inisiatif seperti Projek Dian dapat melengkapi inisiatif pemerintah seperti skim Perumahan Permulaan Baru (FSHS), yang kini menjadikannya lebih dimampui bagi keluarga di flat sewa dan mempunyai anak, membeli flat dua atau tiga bilik untuk kali kedua.



Projek Dian melibatkan kerjasama badan masyarakat Melayu dengan agensi pemerintah untuk memberi sokongan menyeluruh kepada keluarga yang tinggal di flat sewa.



Menjelaskan, Dr Faishal berkata, dengan usaha menyeluruh ini, ia diharapkan keluarga yang tinggal di flat sewa akan dapat keluar daripada perumahan jenis itu dan memiliki rumah sendiri demi keselesaan keluarga serta anak-anak mereka.



"Anak-anak kita memerlukan tempat yang lebih selesa sedang mereka membesar, selain menyediakan masa depan yang cerah buat mereka," tambahnya.



Lagipun bagi mereka yang berpendapatan rendah, pemerintah menyediakan pelbagai subsidi untuk membantu menampung pembiayaan flat mereka.



"Saya pernah jumpa dengan beberapa individu yang pernah duduk di rumah sewa tetapi kemudian telah membeli rumah sendiri, dan mereka memberitahu saya bahawa apa yang mereka bayar sebenarnya kurang daripada apa yang mereka jangkakan kerana adanya subsidi dan geran yang diberikan pemerintah," katanya lagi.



Dr Faishal, yang juga pernah duduk di flat sewa di kawasan Marine Terrace sebelum berpindah ke rumah tiga bilik di kawasan Bedok South, berkata perubahan sekitaran itu memberi perbezaan kepada corak kehidupan.



"Saya dapat rasakan kepuasan itu apabila ibu bapa saya pindah daripada rumah sewa di Marine Terrace dulu. Ketika itu, saya di darjah lima.



"Saya dapat melihat bagaimana ibu bapa saya bekerja keras untuk menampung kehidupan yang lebih baik demi anak-anak mereka.



"Dan sehingga hari ini, saya terharu dan berterima kasih kepada ibu bapa saya yang telah bekerja keras untuk membangunkan kehidupan lebih baik buat saya dan adik beradik saya," katanya lagi.



USAHA GOTONG-ROYONG MEMERANGI DADAH



Dalam pada itu, Dr Faishal turut menyentuh tentang kadar recidivism, ataupun kadar kebentanan, di kalangan bekas persalah Melayu yang telah merosot sepanjang beberapa tahun ini.



Menurutnya, ini tidak mungkin dapat diraih tanpa kerja keras pemerintah dan masyarakat.



"Kita telah membangunkan rangkaian badan-badan Melayu Islam untuk mendekati dan menolong mereka yang berisiko ini dan pada hari ini, kita telah mendapat kerjasama daripada 26 badan Melayu Islam yang tampil untuk menjayakan usaha ini," katanya.



Beliau turut menambah, rangkaian ini akan terus diperkukuh dengan kerjasama bersama M3 serta Project Masyarakat Reben Kuning (YRCP) dan program-program lain yang dijalankan pihak polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB).



"Ia datang daripada naluri kita untuk mahu membantu masyarakat kita yang menghadapi cabaran. Kita tidak berdiam diri.



"Kita memikirkan bagaimana untuk memberikan bantuan dan sokongan agar masyarakat kita dapat kehidupan yang lebih baik.Dengan adanya usaha ini, ia memberikan peluang kepada keluarga yang memerlukan ini, peluang untuk melakarkan perjalanan mereka ke arah yang lebih baik, selain meraih pembangunan yang positif, bukan sahaja bagi diri mereka tetapi juga ahli keluarga mereka," katanya lagi.




SOKONG PROSES PEMBELAJARAN ANAK-ANAK



Program ini mengajar teknik mendekati anak, berinteraksi dengan anak, selain memberi mereka sokongan dalam pembelajaran.

Tanpa teknik dan juga kemahiran, ibu bapa ini mungkin berasa kehilangan, nak tolong anak mereka tetapi tidak tahu bagaimana.

Jadi dengan KMM ini, ia memberi mereka ruang untuk menyokong proses pembelajaran anak-anak mereka.



BERI PELUANG KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN



Kita memikirkan bagaimana untuk memberikan bantuan dan sokongan agar masyarakat kita dapat kehidupan yang lebih baik.Dengan adanya usaha ini, ia memberikan peluang kepada keluarga yang memerlukan ini, peluang untuk melakarkan perjalanan mereka ke arah yang lebih baik, selain meraih pembangunan yang positif, bukan sahaja bagi diri mereka tetapi juga ahli keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >