Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SANJUNGAN

Inisiatif bantu golongan memerlukan jaya agih hamper Raya kepada 400 keluarga

Asanul Fariq Sani sekeluarga mulakan inisiatif Projek Ehsan Insan serta ruang infak di luar rumah
Apr 22, 2023 | 05:30 AM



SEMANGAT memberi dan menyumbang kekal membara bagi Encik Asanul Fariq Sani sekeluarga.



Ayah empat orang putera itu bukan saja masih meneruskan ruang infak Sudut Kebaikan Riqmah di depan rumahnya di Blok 268 Tampines Street 21, malah beliau juga telah memulakan Projek Insan Ehsan (PIE) pada 2022.



Menurut beliau, projek PIE dilaksanakan secara spontan dan bertujuan untuk menyumbang kepada keluarga yang kurang bernasib baik bagi menceriakan Hari Raya mereka.



"Tahun lalu apabila projek ini dimulakan, saya menaja baju Hari Raya untuk sekitar 20 keluarga, yang mana saya membelanjakan sekitar $3,000.



"Melihat keriangan yang terpancar itu, membuat saya rasa sangat teruja," ujar pengendali kantin sekolah berusia 50 tahun itu.



Tahun ini pula, beliau berkata projek tersebut berjaya membantu sekitar 400 keluarga kurang bernasib baik dengan menyalurkan hamper bernilai $60 - ia mengandungi barang keperluan seperti mi segera dan minyak masak.



Menurut Encik Fariq, pengumpulan dana bagi membeli barangan hamper merupakan antara cabaran utama dalam pelaksanaan projek PIE.



"Kami menjalankan usaha-usaha ini secara sukarela jadi ia merupakan usaha dari peringkat bawah," tambahnya.



Berkongsi mengenai ruang infak pula, yang dimulakannya semasa bulan Ramadan pada 2021 untuk mengagihkan barangan keperluan dapur kepada golongan susah, beliau berkata terdapat juga selendang dan tudung yang disumbangkan orang ramai bagi golongan Muslimah sempena Hari Raya.



Ruang tersebut beroperasi hampir sepanjang tahun dan bermula dari 3 petang pada hari-hari biasa.



Tambahan juga, beliau secara purata membelanjakan sekitar $2,500 sebulan bagi membeli barangan runcit untuk mengisi semula stok di ruang tersebut.



Ini setelah beliau melihat inisiatif tersebut sebagai satu tanggungjawab besar memandangkan ia sudah diketahui orang ramai.



Ruang infak beliau pernah menjadi sebutan Presiden Halimah Yacob pada Mei 2022 kerana ia memaparkan usaha bagi membantu orang lain, meskipun kehidupan mereka sendiri terjejas semasa pandemik melanda.



Encik Fariq juga merupakan calon Tokoh Singapura 2021, anjuran akhbar The Straits Times.



Gerai kantin sekolah kendalian beliau dan pasangannya, Cik Norhasyimah Awaludin, 47 tahun, terpaksa ditutup sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan pada 2020.



Encik Fariq menjelaskan: "Saya rasa saya kini menggalas tanggungjawab lebih berat kerana usaha saya sudah mendapat pengiktirafan.



"Ini adalah satu perkara yang baik dan pastinya, saya akan berikan sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik."



Baginya, sungguhpun perlu korbankan masa, wang dan keringat untuk kekalkan ruang infak sejak ia dimulakan, di samping PIE, ianya berbaloi. Ini kerana bukan sahaja golongan susah dapat dibantu, yang mana sejauh ini 4,000 keluarga telah meraih manfaat daripadanya, tetapi ia juga membawa barakah.



"Banyak yang saya dan keluarga saya perlu korbankan - masa bersama, tenaga untuk pergi membeli barang-barang.



"Kadangkala, bajet kami sendiri tidak mencukupi untuk membeli barangan tetapi saya percaya pada akhirnya, (inisiatif ini) membawa keberkahan kepada saya sekeluarga," jelas Encik Fariq dengan nada penuh yakin.




Banyak yang saya dan keluarga saya perlu korbankan – masa bersama, tenaga untuk pergi membeli barang-barang.
Kadangkala, bajet kami sendiri tidak mencukupi untuk membeli barangan tetapi saya percaya pada akhirnya, (inisiatif ini) membawa keberkahan kepada saya sekeluarga."
- Encik Asanul Fariq Sani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >