Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru bantu bekas pesalah jalani ujian, rawatan hepatitis C

Program 'The Educate, Test, Treat!' (ETT) dan End-C inisiatif tempatan pertama tumpu pada kumpulan berisiko tinggi virus HCV
Jul 28, 2022 | 05:30 AM



DUA program penghapusan virus Hepatitis C (HCV) baru dilancarkan semalam dalam usaha menguji, mendidik dan merawat kumpulan bekas pesalah di Singapura.



Dilancarkan oleh Perkhidmatan Masyarakat HCSA (HCSA) dan Hospital Tan Tock Seng, Program 'The Educate, Test, Treat!' (ETT) dan End-C itu merupakan inisiatif tempatan pertama yang memberi tumpuan pada kumpulan berisiko tinggi virus HCV.



Antaranya ialah bekas pesalah dadah, banduan yang baru dibebaskan, dan mereka yang pulih daripada ketagihan, yang menunjukkan risiko dijangkiti penyakit itu kerana sejarah menggunakan peralatan tercemar untuk dadah.



Program ETT ialah projek geran yang disokong oleh Gilead Sciences, sebuah syarikat biofarmaseutikal.



Bercakap semasa pelancaran inisiatif itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata program itu merupakan bukti bagaimana pertubuhan berlainan dapat bekerjasama untuk menyokong banduan dan bekas pesalah dalam perjalanan penyepaduan semula mereka.



"Matlamat inisiatif ini ialah menyediakan peserta daripada pelbagai rumah peralihan akses kepada maklumat berguna tentang HCV, akses dan kebolehan untuk diuji serta dirawat untuk HCV.



"Pada masa sama, kami juga ingin memberi mereka sokongan sosial daripada masyarakat untuk memastikan mereka meneruskannya perjalanan pemulihan.



"Ini akan memberi mereka peluang mencapai mutu hidup lebih baik dan dapat membantu mereka dalam perjalanan penyepaduan semula mereka," ujarnya.



Di samping program ETT, TTSH sedang menjalankan kajian selama satu tahun dengan peserta HCSA untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kemudahan ujian titik penjagaan (POCT) invasif minimum.



POCT itu akan memberikan kemungkinan kaedah yang lebih mudah dan boleh diakses menggunakan sedikit darah di hujung jari untuk ujian sampel dan air liur.



Menurut Dr Yew Kuo Chao, Perunding Kanan, Gastroenterologi dan Hepatologi Klinikal, TTSH, ujian POCT merupakan usaha untuk mengurangkan halangan menguji.



"Biasanya jika seseorang ingin melakukan ujian, mereka harus ke hospital, mengambil darah untuk mendapatkan keputusan.



"Sekiranya ujian ini berkesan dan dapat digunakan, kita dapat menjangkau lebih ramai orang untuk melakukan ujian sendiri dan mendapatkan keputusannya dengan lebih cepat," kata Dr Yew.



Dengan menggunakan ujian POCT, pengguna kit ujian itu dapat menerima keputusan ujian dalam hanya 40 minit.



Sejak hujung Mac lalu, 65 peserta daripada Rumah Peralihan Highpoint HCSA telah mengambil bahagian dalam program ETT.



Sekiranya diuji positif, peserta boleh dirujuk ke TTSH untuk menerima subsidi rawatan di bawah program End-C.



Peserta juga akan menerima sokongan sosial daripada rangkaian kawan HCSA - dengan tepat dipanggil Rangkaian FriEnd-C - untuk menggalak dan menemani peserta semasa mereka menyelesaikan rawatan mereka.



Rawatan ini dijangka berlanjutan antara lapan dengan 24 minggu.



Menjelang 2023, HCSA merancang melancarkan inisiatif ini bagi rumah peralihan lain di sini dan merekrut 210 orang secara keseluruhan untuk kajian ini.



Mengalu-alukan inisiatif itu, seorang ahli jawatankuasa alumni HCSA, Encik Harrison M. Azahari, 50 tahun, berkata ini memberi peluang bagi bekas pesalah dan pengguna dadah mencari bantuan.



Didiagnosis menghidap HCV 10 tahun lalu, bekas penagih dadah itu berkata: "Hepatitis C ini mempunyai stigma tidak baik. Apabila orang mendengar tentangnya, ramai yang fikirkan ia adalah hukuman mati.



"Sekarang dengan rawatan bersubsidi yang ditawarkan, saya kini mempunyai harapan untuk terus hidup sekali lagi."




"Matlamat inisiatif ini ialah menyediakan peserta daripada pelbagai rumah peralihan akses kepada maklumat berguna tentang HCV (Hepatitis C ), akses dan kebolehan untuk diuji serta dirawat untuk HCV. Pada masa sama, kami juga ingin memberi mereka sokongan sosial daripada masyarakat untuk memastikan mereka meneruskannya perjalanan pemulihan. Ini akan memberi mereka peluang mencapai mutu hidup lebih baik dan dapat membantu mereka dalam perjalanan penyepaduan semula mereka."
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara),




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >