Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru bolehkan keluarga susah dapatkan barangan tanpa pembaziran

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



DIBERI pilihan untuk membeli makanan atau barangan rumah sendiri pada bila-bila masa.



Dengan membuat pilihan itu, sekitar 250 benefisiari dari keluarga rentan boleh dapatkan barangan yang mereka memerlukan tanpa sebarang pembaziran makanan.



Inisiatif baru itu yang dikenali sebagai Pasir Ris Care Store dilancarkan Divisyen Pasir Ris East di bawah GRC Pasir Ris-Punggol.



Sebelum ini, bantuan yang diberikan biasanya datang dalam bentuk habuan yang mengandungi keperluan harian seperti beras, minyak, gula dan mi.



Namun, di bawah Pasir Ris Care Store, setiap penerima akan diberikan 20 kredit setiap bulan untuk membeli barangan yang mereka perlukan.



Penasihat akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, berkata idea bagi inisiatif ini tercetus apabila mereka melihat tidak semua barangan dalam habuan yang diagihkan dimakan oleh benefisiari mereka atas pelbagai sebab.



Ini termasuk jumlah berlebihan barangan serupa yang diterima oleh pelbagai organisasi, individu yang tidak boleh memasak atau mempunyai diet khas.



"Saya pernah pergi ke rumah seorang warga emas yang mempunyai tujuh beg beras lima kilogram serta mi segera yang bertingkat-tingkat.



"Beliau hanya tinggal berseorangan jadi barangan yang beliau terima daripada badan-badan yang berlainan mungkin berlebihan daripada apa yang beliau perlukan," katanya.



Semasa pelancaran inisiatif ini di Kelab Masyarakat Pasir Ris East semalam, Encik Sharael berkata benefisiari berpeluang memilih barangan yang mereka perlukan di Care Store.



Turut menyertai pelancaran di kelab masyarakat tersebut adalah Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol - Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan.



Antara barangan yang boleh dipilih oleh benefisiari termasuk barangan seperti gula yang bernilai dua kredit, beberapa kotak kecil bijirin sarapan untuk dua kredit, susu pekat untuk satu kredit, serta sabun cuci baju untuk empat kredit.



Barangan ini boleh diambil benefisiari yang layak melalui aplikasi Pasir Ris Care Store dan mereka boleh memilih untuk mengumpul barangan itu di sana atau dihantar ke rumah mereka.



Selain menawarkan bantuan kepada benefisiari yang memerlukan dan mengurangkan pembaziran makanan, Encik Sharael berkata inisiatif ini juga bertujuan mempromosikan semangat kejiranan dalam masyarakat melalui rangkaian rakan.



"Ini juga memberi peluang bagi kami mendekati benefisiari kami dan mempelajari bagaimana kita dapat terus berkhidmat dengan lebih baik," jelasnya.



Buat sementara ini, inisiatif ini hanya menawarkan makanan kering, makanan tin dan barangan keperluan di rumah.



Namun, Encik Sharael berkata mereka sedang merancang mengembangkannya untuk menawarkan lebih banyak pilihan contohnya barangan yang mudah rosak seperti buah-buahan dan makanan yang siap di makan dalam masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >