Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif diperkenal bagi tingkat kesejahteraan pendidik prasekolah

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



EMPAT kepentingan utama bagi meningkatkan kesejahteraan pendidik prasekolah telah dikenal pasti dengan beberapa inisiatif dan cadangan diperkenal bagi mencapai tujuan tersebut.



Ini termasuk meningkatkan keupayaan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja; membangunkan tempat kerja yang lebih mesra kakitangan dari segi reka bentuk dan sekitaran; memudahkan penggunaan teknologi untuk memperbaiki proses kerja; dan menggalakkan kesejahteraan fizikal serta mental pekerja.



Mengumumkan hal tersebut semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli berkata, empat kepentingan utama itu diketengahkan berikutan Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSA) bagi sektor pendidikan awal kanak-kanak dua tahun lalu.



Penilaian itu bertujuan mengkaji cara-cara memperbaiki kesejahteraan pendidik dan turut melibatkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja (WSH).



"Saya menggalakkan lebih banyak prasekolah mengguna pakai cadangan yang telah diberikan dan memanfaatkan pelbagai sokongan yang tersedia.



"Misalnya, prasekolah boleh mendapatkan akses lebih mudah kepada sumber perabot ergonomik yang mesra orang dewasa.



"Mereka juga dapat menerima dana bagi penyelesaian digital untuk meringankan tugas-tugas pentadbiran agar mereka dapat menumpukan lebih banyak masa bagi pembangunan anak-anak kita," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan.



Beliau menambah bahawa banyak pusat prasekolah sudah pun melaksanakan cadangan-cadangan yang diberikan, dan sebagai pengguna awal, pusat-pusat ini mempunyai "kelebihan penggerak pertama", atau 'first-mover advantage', katanya.



Encik Masagos telah mengadakan lawatan secara maya ke pusat prasekolah My First Skool @ Yung An semalam.



Lawatan tersebut diadakan sempena sambutan Hari Guru pada Jumaat ini.



My First Skool @ Yung An merupakan antara 10 prasekolah yang merintis OHSA tersebut, dan telah pun melaksanakan beberapa saranan yang diberikan.



Ini termasuk mengadakan ruang rehat bagi guru-guru dan menggunakan teknologi bagi tugas administrasi seperti mendaftar kehadiran murid, serta mengambil suhu badan mereka.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ecda berkata, demi mempertingkat keupayaan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, pusat prasekolah digalak mengkaji semula persekitaran dan proses mereka sendiri untuk meningkatkan kesihatan dan keselamatan pekerja mereka.



Mereka boleh memanfaatkan sumber daripada WSH seperti program percuma StartSafe yang dapat membantu mengenal pasti risiko-risiko kesihatan dan keselamatan, serta pusat bantuan bizSAFE yang dapat membantu membangunkan keupayaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



Pusat prasekolah di sini juga digalak menyediakan perabot mesra dewasa yang lebih selesa bagi para guru, tambah Ecda dalam kenyataannya.



Sempena Hari Guru esok, Encik Masagos turut melahirkan penghargaan terhadap "peranan penting mereka dalam perjalanan transformasi sektor (pendidikan awal kanak-kanak)".



"Saya harap lebih ramai mahu menyertai sektor ini kerana akan terus ada permintaan bagi pendidik sejajar dengan kami membina lebih banyak prasekolah bagi keluarga di sini.



"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pendidik atas dedikasi, kerja keras dan sumbangan anda membina kehidupan generasi akan datang," kata beliau.




"Saya menggalakkan lebih banyak prasekolah mengguna pakai cadangan yang telah diberikan dan memanfaatkan pelbagai sokongan yang tersedia.

Misalnya, prasekolah boleh mendapatkan akses lebih mudah kepada sumber perabot ergonomik yang mesra orang dewasa.

Mereka juga dapat menerima dana bagi penyelesaian digital untuk meringankan tugas-tugas pentadbiran agar mereka dapat menumpukan lebih banyak masa bagi pembangunan anak-anak kita."

- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >