Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif jadikan S'pura lebih menghijau jelang 2030

Diterajui lima kementerian, Pelan Hijau SG 2030 bertujuan lakar masa depan lebih mampan
Feb 11, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA membentangkan strategi untuk menjadi negara yang lebih mesra alam dan mampan menjelang 2030, dengan beberapa inisiatif baru yang bakal diperkenalkan untuk mengubah cara orang ramai bekerja, belajar dan beriadah.



Pelan Hijau Singapura 2030 itu, yang diumumkan lima kementerian semalam, akan membantu negara ini melakarkan hala tuju bagi masa depan yang lebih mampan dalam dekad seterusnya.



Pelan meluas itu akan melibatkan pelbagai sektor dalam masyarakat - daripada pembangunan prasarana, penyelidikan dan inovasi hingga ke program latihan.



Tujuannya adalah menyatukan seluruh negara sedang ia berusaha beralih ke sebuah masa depan lebih mampan, sejajar dengan usaha banyak negara di serata dunia untuk membangun dengan lebih baik selepas pulih daripada kemerosotan ekonomi akibat Covid-19.



Mengulas tentang pelan itu semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata kemampanan telah menjadi teras utama pembangunan Singapura sejak kemerdekaan.



"Hari ini, kami memberi komitmen kepada langkah seterusnya dalam perjalanan kemampanan kita dengan pelancaran Pelan Hijau 2030 Singapura. Diterajui beberapa kementerian, Pelan Hijau ini akan memperkenalkan inisiatif baru, dan menetapkan sasaran kemampanan hebat dalam dekad seterusnya," kata beliau dalam satu kiriman Facebook semalam.



"Saya berharap Pelan Hijau ini akan menjadi pemangkin kepada gerakan nasional yang lebih luas untuk mengambil tindakan demi menjamin masa depan yang mampan untuk Singapura. Dengan setiap daripada kita memainkan peranan, saya yakin bahawa kita akan dapat membina sebuah rumah yang lebih bertenaga dan hijau untuk generasi masa depan," tambah beliau.



Lima kementerian yang menyokong pelan itu ialah Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Negara (MND), Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).



"Pelan menyeluruh ini akan memperkukuh daya tahan ekonomi, iklim dan sumber Singapura, mempertingkat sekitaran kehidupan rakyat Singapura, dan membawa peluang perniagaan dan pekerjaan baru," kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan bersama.



"Ia akan mempengaruhi semua aspek kehidupan kita, dari cara kita hidup hingga ke cara kita bekerja dan beriadah, sedang kita bekerjasama sebagai sebuah negara untuk menjadikan Singapura sebuah rumah yang lebih hijau dan lebih sesuai didiami," tambah kenyataan itu.



Butiran pelan itu dikongsi para menteri yang memimpin lima kementerian itu dalam satu rakaman video - setiap daripada mereka menyentuh tentang bidang di bawah penyeliaan mereka. Terdapat lima tunggak dalam pelan itu - Bandar dalam Alam Semula Jadi, Kehidupan Mampan, Tetapan Semula Tenaga, Ekonomi Hijau dan Masa Depan Berdaya Tahan.



Di bawah Pelan Hijau itu, sekurang-kurangnya 20 peratus sekolah di sini akan menjadi neutral karbon menjelang 2030.



Orang dewasa juga akan bekerja dalam bangunan lebih hijau kerana sudah ada rancangan untuk meningkatkan standard kemampanan bangunan pada masa itu.



Orang ramai juga akan digalak membuat perjalanan secara lebih mesra alam - jarak laluan berbasikal akan menjadi tiga kali lebih panjang menjelang tempoh itu, dan rangkaian kereta api juga akan diperluaskan kepada 360 kilometer daripada 230 kilometer hari ini.



Semua prasarana itu akan dibina dalam bandar yang diselubungi kehijauan sedang lebih banyak inisiatif dilancarkan untuk mendekatkan alam semula jadi kepada penduduk di estet kejiranan. Misalnya, lebih banyak tumbuhan akan ditanam sepanjang jalan raya untuk mengurangkan suhu sekeliling sementara lebih banyak taman alam semula jadi akan disediakan.



Menjelang 2030, akan terdapat lebih 50 peratus kenaikan dalam kawasan tanah taman alam semula jadi, di mana orang ramai boleh berjalan kaki atau memerhatikan burung.



Malah, tempat bahan bakar fosil di Pulau Jurong akan diubah menjadi "taman tenaga dan kimia mampan" di bawah pelan itu. Butiran lanjut mengenai Pelan Hijau itu akan diberikan semasa Belanjawan minggu depan, dan dalam perbahasan Belanjawan berikutnya, kata kementerian tersebut.



Laporan lanjut: Lebih banyak insentif akan diberi untuk penggunaan kereta elektrik




"Hari ini, kami memberi komitmen kepada langkah seterusnya dalam perjalanan kemampanan kita dengan pelancaran Pelan Hijau 2030 Singapura. Diterajui beberapa kementerian, Pelan Hijau ini akan memperkenalkan inisiatif baru, dan menetapkan sasaran kemampanan hebat dalam dekad seterusnya... Saya berharap Pelan Hijau ini akan menjadi pemangkin kepada gerakan nasional yang lebih luas untuk mengambil tindakan demi menjamin masa depan yang mampan untuk Singapura. Dengan setiap daripada kita memainkan peranan, saya yakin bahawa kita akan dapat membina sebuah rumah yang lebih bertenaga dan hijau untuk generasi masa depan."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




ANTARA INISIATIF UTAMA



  • Lebih banyak insentif kereta elektrik akan diperkenalkan dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kenderaan yang beroperasi menggunakan hanya bahan api di sini. Pemerintah akan menyemak struktur berlapis cukai kenderaan untuk menjadikannya lebih mudah untuk membeli dan memiliki kenderaan elektrik.

  • Pulau Jurong akan diubah menjadi taman tenaga dan kimia mampan menjelang 2030 dalam usaha menjadikan proses pengeluaran perindustrian dan penggunaan tenaga lebih hijau dan untuk mempertingkat kecekapan tenaga.

  • Singapura akan menjadi sebuah destinasi pelancongan mampan dan juga hab khidmat karbon serta pusat bagi pembiayaan hijau untuk memudahkan usaha kemampanan di Asia.

  • Usaha akan diperkenalkan untuk memperkukuh Singapura sebagai lokasi bagi syarikat sejagat dan setempat membangunkan huraian kemampanan baru untuk Asia menerusi penyelidikan dan pengembangan dalam bidang seperti pembungkusan mampan, penyahkarbonan dan pertanian dalam bandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >