Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif sedia sajian ‘dari ladang ke meja makan’ dilancar

‘Siglap Hearty Meals’ sedia hidangan berkhasiat bagi penduduk warga emas Siglap
Nov 26, 2023 | 09:17 PM



Siglap Hearty Meals, inisiatif yang menyediakan warga emas hidangan menggunakan sumber makanan daripada taman masyarakat setempat, dilancarkan di Kelab Masyarakat (CC) Siglap pada Ahad.


Berdasarkan tiga tonggak Pelan East Coast — Penyayang, Bersemangat dan Menghijau — Siglap Hearty Meals ialah inisiatif berkonsep sajian dari ‘ladang’ ke meja makan, dengan hidangan tersebut disediakan cef sukarelawan terlatih daripada syarikat katering pesawat dan pengendali darat Lapangan Terbang Changi, Sats.


Inisiatif itu dilancarkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) dan penasihat akar umbi GRC East Coast, Dr Mohamad Maliki Osman.

Pada pelancaran Siglap Hearty Meals, satu bengkel cucuk tanam sumber makanan diadakan untuk melengkapkan penduduk dengan kemahiran bercucuk tanam secara kecil-kecilan dan menggalakkan mereka menyumbang kepada projek Hearty Meals.


Selain menggunakan sumber makanan dari taman masyarakat, Siglap Hearty Meals juga menggunakan sumber makanan yang didermakan individu dari kawasan perumahan dan pembekal serta mengumpulkan barangan makanan yang hampir tamat tempoh kegunaannya.


Warga emas bukan sahaja menerima makanan berkhasiat tetapi mereka juga boleh mengambil bahagian dalam kegiatan seperti bengkel seni ‘rangoli’ serta membuat beg haruman daun pandan, sekali gus memupuk rasa kemasyarakatan dan kegembiraan sambil membasmi pengasingan sosial.

“Kami mengambil berat terhadap warga emas kami yang telah memberi sumbangan besar, terutamanya mereka yang tinggal sendiri atau bersama pasangan.

“Kami juga menggalakkan penduduk untuk menjadi mampan dengan menanam sumber makanan, separuh untuk diri sendiri dan separuh untuk projek kami. Penduduk juga boleh menyumbang lebihan makanan yang mereka ada untuk mengurangkan pembaziran,” jelas Dr Maliki.

Bengkel itu, yang dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Taman Negara (NParks), juga memberikan set peralatan termasuk dua kotak bercucuk tanam, tanah dan bijian benih kepada peserta untuk ditanam di rumah mereka.

Mengulas tentang penglibatan Sats dalam inisiatif itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sats, berkata: “Kami gembira dapat menyokong pelancaran (inisiatif) ini dengan meminjamkan kepakaran kulinari kami dalam inisiatif yang melibatkan masyarakat dengan cara yang bermakna.

“Sebagai persediaan untuk program ini, cef kami bekerjasama rapat dengan sukarelawan masyarakat untuk membangunkan menu dan menawarkan kepakaran masakan mereka bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan dan mengekalkan inisiatif secara bebas.”

Menurut satu kenyataan Pejabat Kawasan Undi Siglap pada Ahad, sekitar 100 warga emas dan 60 ‘petani’ masyarakat hadir di pelancaran Siglap Hearty Meals. Inisiatif itu bertujuan meningkatkan impak dengan merekrut kumpulan sukarelawan baru dan meneroka meluaskan inisiatif ke seluruh East Coast.


“Di Divisyen Siglap, terdapat 1,300 warga emas tinggal bersendirian atau bersama pasangan. Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Siglap akan menghubungi sekitar 150 warga emas setiap sesi dan menghubungkan mereka lebih dekat dengan masyarakat setempat untuk pemantauan dan sokongan yang lebih dekat.


“Rancangan kami adalah untuk menghubungi 50 peratus (daripada warga emas) pada penghujung 2024 dan baki 50 peratus pada 2025. Sekolah-sekolah di kawasan itu juga telah menghulurkan sokongan mereka untuk melibatkan pelajar kerana ia bertujuan untuk mendekati lebih ramai benefisiari di bawah program ini,” tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >