Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inovasi teknologi antara strategi atasi denggi

Masagos lancar kempen nasional perangi denggi; gesa semua pihak main peranan
Apr 08, 2019 | 05:30 AM



KEWASPADAAN dan penglibatan masyarakat adalah tunggak utama dalam memenangi peperangan menentang denggi.



Demikian dinyatakan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa pelancaran Kempen Pencegahan Denggi Nasional 2019 yang diadakan di Kampung Admiralty semalam.



"Kita semua memegang tanggungjawab untuk membuang air bertakung di rumah. Hanya setitik air sebesar saiz 20 sen yang diperlukan untuk nyamuk membiak.



"Kita perlukan setiap orang untuk berwaspada dan mainkan peranan mereka bagi memenangi perang menentang denggi ini," ujarnya.



Menurut Agensi Sekitaran Nasional (NEA), dalam suku pertama tahun ini, lebih 2,000 kes denggi telah dilaporkan di Singapura.



Ini termasuk tiga kes kematian akibat demam denggi.



Jumlah itu meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding 600 kes denggi yang dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.



Encik Masagos turut menggesa orang ramai untuk mengambil langkah tambahan mencegah denggi sepanjang bulan-bulan yang dijangka lebih panas - Jun hingga Oktober.



"Cuaca panas adalah optimal bagi mempercepatkan pembiakan nyamuk Aedes dan ini akan meningkatkan jumlah kes denggi di sini," tambahnya.



NEA telah pun mengambil pelbagai strategi pencegahan denggi yang berlandaskan inovasi teknologi.



Antaranya, penggunaan 50,000 sistem pengawasan Gravitrap di semua estet HDB di seluruh Singapura.



Gravitrap adalah perangkap nyamuk yang membolehkan NEA mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan tinggi nyamuk.



Tahun lalu, sistem pengawasan nyamuk itu telah membantu NEA menghapuskan 21 peratus lebih banyak habitat pembiakan nyamuk berbanding 2017.



Memanfaatkan kejayaan strategi ini, NEA akan memperluaskan penggunaan sistem pengawasan nyamuk di estet berhalaman secara bertahap-tahap pada separuh kedua tahun ini.



Sempena kempen yang dilancarkan semalam, usaha mendekati masyarakat akan dijalankan di lima daerah - Utara Barat, Selatan Barat, Utara Timur, Pusat Singapura dan Selatan Timur - di serata Singapura.



Ia akan dipimpin ketua dan penasihat akar umbi serta NEA dengan kerjasama Sukarelawan Pencegahan Denggi (DPV).



Mereka akan membuat rondaan di kejiranan untuk memeriksa kawasan yang biasa berpotensi mempunyai habitat pembiakan nyamuk serta lawatan rumah untuk menasihati penduduk mengenai pembiakan nyamuk dan mengongsi petua untuk mencegahnya.



Cik Suzana Sugiman, 53 tahun, ahli Jawatankuasa Penduduk (RC) Woodlands Zon 5, antara yang terlibat dalam usaha itu.



"Apabila kami tahu ada pembiakan denggi di satu kawasan blok, kami akan turun padang, pergi ke rumah-rumah dan didik penduduk di sana cara-cara hentikan pembiakan nyamuk," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >